Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Ditetapkan Pada Januari 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Ditetapkan Pada Januari 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu, siri anime yang amat popular “Jujutsu Kaisen” disahkan bakal kembali untuk musim ketiganya, yang diberi judul rasmi “The Culling Game Part 1.” Akhirnya, kami mendapat jawapan rasmi bahawa musim yang dinanti-nantikan ini akan mula bersiaran pada 8 Januari 2026.

JUJUTSU KAISEN Season 3 is coming to @Crunchyroll on January 8!

🔥 Read: https://t.co/2Ogi5V4Clr pic.twitter.com/vwEGsg9fVM

— JUJUTSU KAISEN EN (@Jujutsu_Kaisen_) November 7, 2025

Fokus utama musim akan datang ini adalah pada arc “Culling Game,” iaitu sebuah battle royale maut yang didalangi oleh watak antagonis, Kenjaku.

Selepas kejadian tragis dalam “Insiden Shibuya,” arc “Culling Game” meletakkan para jujutsu sorceror dalam satu keadaan yang lebih berbahaya. Bagi mendorong penyertaan secara paksa daripada jujutsu sorceror di seluruh Jepun, Kenjaku telah mewujudkan beberapa koloni.

Kawasan-kawasan ini telah diubah menjadi arena pertarungan maut yang memaksa para peserta untuk saling berbunuhan untuk terus hidup.

Arc ini akan mengikuti perjalanan Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, bersama rakan-rakan mereka yang terpaksa menyertai permainan berbahaya tersebut demi menyelamatkan kakak Megumi, Tsumiki Fushiguro, sambil berhadapan dengan musuh-musuh baharu.

Studio animasi yang bertanggungjawab menghasilkan dua musim pertama serta filem “Jujutsu Kaisen 0,” iaitu MAPPA, kembali menerajui penerbitan musim ketiga. Selain itu, Shōta Goshozono juga akan menyambung peranannya sebagai pengarah untuk musim ini.

Bagi para peminat yang tidak sabar untuk menantikan tayangannya pada tahun 2026, sebuah filem kompilasi khas bertajuk “Jujutsu Kaisen: Shibuya Incident x The Culling Games” akan memberikan pratonton eksklusif untuk musim baharu ini.

Filem ini bukan sahaja akan mengimbas kembali sebahagian besar peristiwa dalam arc “Insiden Shibuya” dari Jujutsu Kaisen Musim 2, tetapi juga akan turut menyertakan dua episod terawal dari “The Culling Game Part 1.” Filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Disember 2025.

Tags: Jujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia: All’s Justice – Apakah Game Mode Yang Disediakan?

Next Post

HoYoverse Mengacah MMO Open World Baharu, Tetapi Dengan Grafik Hiper Realistik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
HoYoverse Mengacah MMO Open World Baharu, Tetapi Dengan Grafik Hiper Realistik

HoYoverse Mengacah MMO Open World Baharu, Tetapi Dengan Grafik Hiper Realistik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd