Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Senarai
0 0
0
Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa bulan lepas, Jujutsu Kaisen mengadakan Undian Populariti besar-besaran untuk menentukan “siapakan watak kegemaran di kalangan peminat Jepun“, dan akhirnya keputusan penuh telah didedahkan dalam isu terbaru Weekly Shonen Jump. Merupakan Undian Populariti ke-4 untuk siri ini, peminat boleh mengundi mana-mana watak dalam manga, di mana hasil keputusan lebih mengejutkan daripada yang disangka!

Kredit: Reddit
Kredit: Reddit

Walaupun Undian ini memilih sehingga 200 watak Jujutsu Kaisen paling popular, saya hanya akan menyenaraikan Top 10 sahaja. Seperti biasa, tiga watak paling popular dalam Jujutsu Kaisen masih konsisten, daripada undian populariti pertama hinggalah paling terkini.

Tidak mengejutkan, watak yang mengambil tempat pertama ialah Gojo Satoru dengan jumlah undian sebanyak 113392. Boleh dianggap sebagai “muka depan” francais sejak sekian lama, tidak kira di Jepun atau antarabangsa, Gojo sentiasa akan menduduki nombor satu.

Malah, jumlah undiannya jauh berbeza dengan tempat ke-2. Apapun, Gojo sememangnya layak untuk posisi nombor 1 memandangkan dia adalah watak paling hebat dalam francais setakat ini.

Kredit: MAPPA

Protagonis, Itadori Yuji, menduduki tempat ke-2 dalam Undian Populariti. Walaupun tidak sepopular Gojo, dia masih sangat disayangi oleh peminat. Yuji memperoleh sebanyak 48,131 undian, yang agak bagus, namun jarak antara dia dan Gojo benar-benar jauh berbeza.

Fushiguro Megumi kini jatuh ke tempat ke-3, dan ini mengejutkan ramai orang. Dahulu, Megumi sentiasa menduduki tempat teratas dalam Undian Populariti JJK, tetapi kini, posisinya telah jatuh.

Kredit: MAPPA

Kini kita ke bahagian lebih menarik, posisi 4 hingga 10 dipenuhi oleh wajah-wajah yang saya tidak sangka sangat popular di Jepun. Walaupun ada beberapa wajah yang layak seperti Okkotsu Yuta dan Nanami Kento, majoriti watak ini sebenarnya adalah antagonis dan orang jahat tanpa niat yang mulia.

Malah, ada yang belum muncul di anime manakala beberapa watak lain masih belum mengalami perkembangan plot yang besar di anime.

Hal ini menunjukkan bahawa populariti dan karisma masing-masing dapat dirasai daripada muka surat manga, dan tidak memerlukan platform lain seperti anime atau game untuk menunjukkan personaliti masing-masing.

Kredit: MAPPA

Saya tidak akan menyediakan sinopsis tentang mereka (kerana isu spoiler besar) tetapi berikut adalah senarai Top 10 Watak Jujutsu Kaisen Kegemaran Ramai di Jepun:

  1. Gojo Satoru – 11,3392 undian
  2. Itadori Yuji – 48,131 undian
  3. Fushiguro Megumi – 28,502 undian
  4. Geto Suguru – 19,156 undian
  5. Zenin Naoya – 11,731 undian
  6. Choso – 6247 undian
  7. Okkotsu Yuta – 5991 undian
  8. Nanami Kento – 4162 undian
  9. Sukuna – 4077 undian
  10. Fushiguro Toji – 3218 undian

Jika berminat, anda boleh membaca bab terkini Jujutsu Kaisen melalui laman web rasmi atau aplikasi Manga Plus.

Tags: Jujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

‘Stellar Blade Versi PC’ Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

Next Post

Reviu Gundam Breaker 4 – Batasan Membina Gunpla Hanyalah Imaginasi Anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Reviu Gundam Breaker 4 – Batasan Membina Gunpla Hanyalah Imaginasi Anda!

Reviu Gundam Breaker 4 - Batasan Membina Gunpla Hanyalah Imaginasi Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd