Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Sertai ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest’ – Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Artikel, Berita
0 0
0
Jom Sertai ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest’ – Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Judul aksi RPG ‘Black Myth: Wukong‘ akan dikeluarkan secara rasmi pada 20 Ogos 2024 dan akan tersedia di platform PS5, Xbox Series X|S dan PC dan sebagai langkah promosi, pihak produksi telah mengumumkan ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest‘ untuk semua peminat game ini.

Destined One, come embark on this journey with us in our first ever exclusive campaign!
Explore the mythology surrounding Sun Wukong and immerse yourselves in the rich world of mythology.
Event 1: Submit videos for a chance to win a RTX 4070 Super Graphics Card, Official Merch,… pic.twitter.com/O54cpsUtbQ

— Black Myth: Wukong (@BlackMythGame) May 14, 2024

Diumumkan di media sosial, Black Myth: Wukong Mythology Contest telah pun bermula sejak semalam 15 Mei, 2024 dan akan berlangsung hingga 23 Jun, 2024. Secara ringkas, peserta hanya perlu menunjukkan kreativiti mereka dengan menghasilkan video kreatif berkaitan Black Myth: Wukong. Pemenang kontes akan diumumkan pada 13 Julai 2024.

Berikut adalah maklumat lebih terperinci:

Kredit: Game Science

Black Myth: Wukong Mythology Contest akan dibahagikan kepada dua bahagian:  Peraduan Penyerahan Video (di YouTube dan/atau TikTok) dan Loteri Media Sosial.

Untuk Peraduan Penyerahan Video, pencipta kandungan dan para gamer digalakkan untuk mencipta video yang membantu orang lain lebih memahami tentang Black Myth: Wukong melalui aspek jalan cerita, kisah rumitnya dan mitos yang mengelilingi Sun Wukong (Monkey King).

Video tersebut boleh dimuat naik di TikTok dan/atau YouTube, dan boleh mengandungi, tetapi tidak terhad kepada, abiliti Sun Wukong, pengalaman peribadi, cerita latar belakang, mitos yang mengelilingi watak dalam novel Journey to The West, perbandingan cerita antara game dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai aset mencukupi, jangan risau. Anda boleh dapatkan seluruh aset untuk video anda di SINI.

Video yang dihasilkan dengan baik, dan kreatif akan diberi Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Super, controller custom, merchandise khas dan juga peluang kerjasama rasmi dengan Black Myth: Wukong.

Kredit: Game Science

Untuk Loteri Media Sosial, peminat dan sesiapa sahaja yang berminat dengan Black Myth: Wukong hanya perlu mengikuti media sosial rasmi mereka dan repost posting acara rasmi untuk peluang memenangi controller custom!

Tentang Game Ini

Bagi mereka yang tidak tahu, Black Myth: Wukong ialah aksi RPG tindakan yang berasaskan mitologi Cina. Diinspirasikan oleh kisah Journey to the West, salah satu daripada Empat Novel Klasik Besar dalam Kesusasteraan Cina, kita akan bermain sebagai Destined One (Sun Wukong) yang harus menerokai cabaran di hadapan, demi mendedahkan kebenaran yang tersorok di bawah tabir legenda dan mitos dari masa lalu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: WukongBlack Myth: Wukong Mythology Contest
ShareTweetSend
Previous Post

Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15

Next Post

Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix

Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd