Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix Ogos 2023! Tanpa membuang masa, jom kita lihat filem, siri dan anime yang akan tersedia di Netflix bulan Julai ini!
Zom 100: Bucket List of Dead — 3 Ogos
Bertahan daripada serangan zombi lebih baik daripada menjadi hamba gaji! Selepas menghabiskan bertahun-tahun bekerja di sebuah syarikat, kehidupan Akira telah hilang sinarnya. Dia tinggal di sebuah apartmen yang penuh dengan sampah, gajinya tidak seberapa dan dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan cintanya pada rakan sekerjanya yang cantik. Tetapi apabila serangan zombi memusnahkan bandarnya, ia memberi dorongan yang diperlukannya untuk hidup sendiri. Sekarang, Akira dalam misi untuk melengkapkan kesemua 100 impiannya sebelum dia… menjadi zombi.
Filem ini merupakan adaptasi live action daripada siri manga oleh Haro Aso dan Koutaro Takata.
The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2 — 8 Ogos
Berjumpa dengan Lancelot semula buat kali pertama setelah perpisahan tragik mereka, Tristan perlu belajar untuk mengawal kuasa demon miliknya untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Zombieverse — 8 Ogos
Di Seoul, Korea, wabak virus zombie telah berleluasa! Siapa yang berani untuk menentang cabaran penuh zombi ini?
The Monkey King — 18 Ogos
Seekor monyet bersama tongkat saktinya memulakan pengembaraan epik, bertarung dengan raksasa, naga, dewa dan musuh terhebatnya: Egonya tersendiri!
One Piece — 31 Ogos
Monkey D. Luffy bersama krew lanunnya, Straw Hat Pirate memulakan pengembaraan di lautan luas untuk mencari harta karun legenda “One Piece”. Siri ini merupakan adaptasi live action berdasarkan siri manga popular oleh Eiichiro Oda.
Baki Hanma: Season 2 Part 2 — 24 Ogos
Untuk mendapatkan kebolehan untuk mengalahkan bapanya yang berkuasa, Baki telah masuk ke Arizona State Prison untuk mengalahkan banduan yang dikenali sebagai Mr. Unchained. Episod baharu untuk musim kedua siri anime Baki Hanma!
Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk Ogos 2023 di bawah:
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post