Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Kunjungi TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Jom Kunjungi TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 kini berada di Malaysia, dan bersedia menemui peminat, dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur!

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd.

Jadilah antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik. Ini juga adalah masanya untuk anda bersemuka dengan patung Ultraman Arc bersaiz manusia (setinggi 2 meter), yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts!

Kredit: Digital Braves

Jika tahun lalu anda terlepas peluang bergambar dengan Ultraman Blazar, jangan bersedih kerana patung hero ini akan turut dipamerkan. Jadi, manfaatkan sebaiknya dua peluang yang sukar diperolehi ini untuk bergambar dengan hero kegemaran anda. 

Kredit: Digital Braves

Malah acara ini juga akan mempamerkan figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai! Tanpa melengahkan masa, berikut adalah butiran lengkap!

Berjumpa dengan Ultra Hero terbaru – Ultraman Arc!

Tahun ini menjanjikan persembahan pentas yang lebih mendebarkan, dan penuh aksi hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan barisan pelakon yang lebih ramai serta tempoh pementasan yang lebih panjang.

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd.

Menampilkan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, tempoh persembahan dipanjangkan daripada 5 minit ke 20 minit untuk mementaskan kelincahan aksi Ultra Hero beradu tenaga. Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalender supaya anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama pada 19 Oktober, jam 1 petang.

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd.

Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh.

Kredit: Tamashii Nations

Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Perbelanjaan sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan anda mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan anda! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. 

Figura Eksklusif dan Barangan Khas Tamashii Nations

Kredit: Digital Braves

Rancang kunjungan anda ke sini, supaya boleh menjamu mata sepuasnya melihat keistimewaan yang dipaparkan pada figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar hero S.H.Figuarts siri Ultraman bahkan watak-watak popular lain daripada siri Jump seperti ‘Dragonball’, ‘One Piece’, ‘Naruto’, ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba’ dan ‘Kaiju No.8’ turut dibawa ke acara in.

Ingin menjadikan koleksi anda lebih istimewa? Semua pengumpul setia figura juga boleh mendapatkan figura acara Tamashii Nations eksklusif yang hanya dijual semasa acara ini.

Pertama sekali adalah S.H.Figuarts Ultraman Belial – Clear Color ver. (harga RM293)! Seterusnya ttas permintaan ramai, S.H.Figuarts Ultraman Zero – Clear Color ver. (harga RM248), S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN) (harga RM240), dan S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN) (harga RM168) akan turut kembali ke sini untuk bertemu peminat Malaysia.

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO (harga RM1,279) dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 (harga RM2,046) akan turut dijual sepanjang acara ini.

Sekiranya anda berminat pada mana-mana figura berkualiti tinggi yang dipamerkan, singgahlah di sudut jualan untuk menambah koleksi anda.

Berikut adalah beberapa produk Tamashii Nations lain yang dijual:

  • S.H.Figuarts TRIGGER TRUTH
  • S.H.Figuarts ULTRAMAN Z ORIGINAL[BEST SELECTION]
  • S.H.Figuarts ULTRAMAN[BEST SELECTION]
  • S.H.Figuarts NARUTO UZUMAKI -Battle Scarred Edition-
  • S.H.Figuarts KAMEN RIDER ZERO-ONE RISING HOPPER [BEST SELECTION]
  • S.H.Figuarts KAMEN RIDER SABER BRAVE DRAGON [Metallic Colour Edition]
  • S.H.Figuarts CHAINSAW MAN[BEST SELECTION]
  • S.H.Figuarts ANYA FORGER-Another Color Ver.-
  • S.H.Figuarts SON GOKU -INNOCENT CHALLENGER-
Kredit: Digital Braves
  • FiguartsZERO NARUTO UZUMAKI -RASENGAN- KIZUNA Relation(Special Color Edition)
  • FiguartsZERO Monkey.D.Luffy -Battle Ver.‐(Special Color Edition)
  • FiguartsZERO TONYTONY.CHOPPER (Special Color Edition)
  • TAMASHII STAGE SHINKOCCHOUSEIHOU -Store Limited Edition-
  • TAMASHII STAGE DRAGON BALL-Store Limited Edition-
Kredit: Digital Braves
Kredit: Digital Braves

  • METAL BUILD STRIKE GUNDAM-HELIOPOLIS ROLL OUT Ver.-
  • METAL BUILD AILE STRIKER-STORE LIMITED EDITION-
  • METAL BUILD EVANGELION-01 TEST TYPE-STORE LIMITED EDITION-
  • THE ROBOT SPIRITS <SIDE MS>RX-78-2 GUNDAM ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-
  • THE ROBOT SPIRITS <SIDE MS> MS-06 ZAKUⅡ ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-
  • THE ROBOT SPIRITS <SIDE MS> WHITE BASE TEAM MS SET ver. A.N.I.M.E.
  • NXEDGE STYLE [MS UNIT] Hi-ν GUNDAM-TOKYO LIMITED Ver.-
  • NXEDGE STYLE [MS UNIT] NIGHTINGALE-TOKYO LIMITED Ver.-
Kredit: Digital Braves
  • SAINT CLOTH MYTH EX PEGASUS SEIYA[NEW BRONZE CLOTH]- GOLDEN LIMITED EDITION-
  • SAINT CLOTH MYTH EX ANDROMEDA SHUN[NEW BRONZE CLOTH]- GOLDEN LIMITED EDITION-
  • SAINT CLOTH MYTH EX CYGNUS HYOGA[NEW BRONZE CLOTH]- GOLDEN LIMITED EDITION-
  • SAINT CLOTH MYTH EX PHOENIX IKKI[NEW BRONZE CLOTH]- GOLDEN LIMITED EDITION-
  • SAINT CLOTH MYTH EX DRAGON SHIRYU[NEW BRONZE CLOTH]- GOLDEN LIMITED EDITION-
Kredit: Digital Braves

Kemasukan ke acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 Malaysia adalah percuma. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 

Dapatkan makluman terkini mengenainya di halaman Facebook rasmi Tamashii Nations South Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaTAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024
ShareTweetSend
Previous Post

[gamescom asia 24] Dapatkan Barangan Eksklusif CAPCOM Termasuk Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man & Banyak Lagi!

Next Post

Saksikan MGA Grand Final 2024 ! Tonton Pasukan Dota 2 Terbaik Untuk Menangi Hadiah Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Saksikan MGA Grand Final 2024 ! Tonton Pasukan Dota 2 Terbaik Untuk Menangi Hadiah Hebat!

Saksikan MGA Grand Final 2024 ! Tonton Pasukan Dota 2 Terbaik Untuk Menangi Hadiah Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd