Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Cuba Haunted Headlines:Don’t Scream! Bawa Tema ‘Cartoon Extraction Horror’ Ke Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2026
in Android, Artikel, Berita, Extraction Looter, Mobile
0 0
0
Jom Cuba Haunted Headlines:Don’t Scream! Bawa Tema ‘Cartoon Extraction Horror’ Ke Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, anda boleh mula memuat turun Haunted Headlines:Don’t Scream di Google Play Store. Game ini dibangunkan oleh Vizta Games, studio di sebalik tajuk popular seperti Magic Chess: Go Go, Silver and Blood, dan ACECRAFT.

Peminat ACECRAFT pasti akan terus jatuh cinta dengan visual Haunted Headlines:Don’t Scream, yang mengekalkan gaya seni sama yang dipopularkan oleh Cuphead. Namun, jangan biarkan animasi yang nampak comel itu menipu anda; game ini sebenarnya direka untuk membuatkan kita sentiasa berasa cemas.

Secara am, Haunted Headlines adalah sebuah “extraction looter”. Ini bermakna misi utama anda adalah:

  • Masuk ke dalam sebuah rumah agam berhantu yang sentiasa berubah-ubah lokasinya.
  • Selongkar setiap sudut untuk mencari syiling emas, artifak, dan pelbagai bahan berharga.
  • Gunakan senjata yang ada (bermula daripada lampu suluh lama hinggalah ke peralatan magik) untuk menyerang titik kelemahan hantu.
  • Cari jalan keluar dan melarikan diri bersama segala harta yang anda rembat.

Di sinilah letaknya cabaran sebenar. Game ini bermain dengan perasaan tamak anda. Adakah anda mahu keluar sekarang dengan harta yang sedikit, atau sanggup mengambil risiko terjun ke bilik bawah tanah yang lebih gelap demi ganjaran yang berlipat kali ganda?

Jika tewas atau gagal keluar, segala harta yang anda kumpul akan lesap begitu sahaja.

Pemain digalakkan untuk memeriksa setiap bilik bagi mencari kelengkapan untuk menaik taraf senjata atau menghasilkan jampi pelindung. Anda juga perlu sentiasa peka mencari petunjuk tersembunyi di persekitaran yang boleh membantu bertahan malam itu atau membongkar sejarah gelap mansion tersebut.

Melalui teks terkutuk dan petunjuk persekitaran, pemain boleh menyusun teka-teki tentang mengapa rumah tersebut berhantu. Setiap sesi permainan memberi peluang untuk mencari cebisan maklumat baru, di mana pilihan anda akhirnya akan menentukan sama ada anda berjaya bebas atau jatuh ke dalam kegelapan.

Tags: Haunted Headlines:Don’t Scream
ShareTweetSend
Previous Post

Dante & Vergil Bertembung Dalam Anime Devil May Cry Season 2!

Next Post

GARRACK Umum Koleksi Jam Tangan Pintar One Piece “Four Emperors”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
GARRACK Umum Koleksi Jam Tangan Pintar One Piece “Four Emperors”

GARRACK Umum Koleksi Jam Tangan Pintar One Piece "Four Emperors"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd