Ueni Trading Co., Ltd. mengumumkan bahawa jenama fesyen mereka, GARRACK, bakal melancarkan kolaborasi kedua bagi jam tangan pintar One Piece mereka pada 29 Mei 2026.
Susulan kejayaan koleksi pertama, siri terbaharu ini memberikan tumpuan kepada “Four Emperors” (Yonko); iaitu kumpulan lanun yang paling kuat dalam dunia One Piece.
Koleksi ini menampilkan empat model yang diinspirasikan oleh watak-watak ikonik iaitu Monkey D. Luffy, Red-Haired Shanks, Marshall D. Teach (Blackbeard), dan Buggy The Clown.




Setiap model didatangkan dengan tali jam khas yang melambangkan tema setiap watak, serta interface yang menghidupkan suasana dunia anime tersebut.
Antara keunikan utama jam ini ialah paparan dial interaktifnya. Apabila pengguna mencapai sasaran aktiviti harian, skrin jam akan memaparkan animasi khas watak tersebut. Selain itu, setiap kali notifikasi masuk, skrin akan menunjukkan lambang kru lanun mengikut model yang dipakai.
Bagi memudahkan navigasi, setiap jam dilengkapi dengan dua kekunci shortcut yang boleh diubah suai untuk mengakses fungsi pilihan dengan lebih pantas.

Walaupun rekaannya dikhaskan untuk para peminat, teknologi di dalamnya masih praktikal untuk kegunaan harian. Jam ini sangat ringan dengan berat hanya 16 gram (tanpa tali).
Jangka hayat baterinya juga mengagumkan bagi kategori harganya. Caj penuh mampu bertahan sehingga 14 hari. Bagi mereka yang sentiasa sibuk, pengecasan pantas selama lima minit sahaja sudah memadai untuk penggunaan selama dua hari.

Ciri-Ciri Utama Kesihatan dan Kecergasan:
- Pemantauan Kadar Jantung & Oksigen Darah (SpO2): Pemantauan berterusan untuk pengguna yang mementingkan kesihatan.
- Pengurusan Stres: Menggunakan HRV (Heart Rate Variability) untuk membantu pengguna memantau kesejahteraan mental mereka.
- Penjejakan Kecergasan Lengkap: Lebih daripada 100 mod senaman (workout modes) disediakan.
- Fungsi Asas: Penjejakan tidur, kemas kini cuaca, kawalan muzik, dan fungsi “find my phone”.
Jam tangan ini dijual pada harga ¥12,980 (termasuk cukai). Setiap unit didatangkan dalam kotak edisi khas dan disertakan dengan tali jam tambahan yang boleh ditukar ganti mengikut cita rasa pengguna.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post