Game simulator pengurusan universiti Two Point Campus nampaknya akan melangkah ke alam supernatural, kerana Two Point Studios Limited dan SEGA telah mendedahkan DLC kedua bertajuk ‘School Spirits‘. Akan tiba pada 15 Mac di semua platform utama, pemain boleh pre-order School Spirits di Steam dan Microsoft Store di SINI.
Berikut adalah trailer rasmi bagi DLC:
Dalam DLC ini, para pelajar akan dibawa ke Lifeless Estate, di mana lokasi itu nampaknya telah diganggu oleh masalah paranormal. Walaupun pewaris pada harta pusaka itu sudah lama mati, tetapi dia masih menawarkan dua kursus baru; di mana korang dapat menemui banyak jenis pelajar baharu daripada latar belakang berbeza dan banyak item baharu yang dapat membantu korang memberi di kampus baharu.

Bukan pelajar sahaja yang bertanggungjawab untuk memburu hantu. DLC ini menambah cabaran eksklusif, di mana ‘Kesatuan Janitor’ telah ditugaskan untuk menghapuskan semua jelmaan halus ini. Dilengkapi dengan peralatan khas, lindungi kawasan universiti dan tangkap seberapa banyak hantu yang boleh untuk memastikan kampus bebas hantu.

Sekali lagi saya ingatkan, pemain boleh pre-order Two Point Campus: School Spirits sekarang yang kini menerima diskaun 10% di Steam dan Microsoft Store. Pemain yang membeli DLC baharu ini semasa hari pelancaran sehingga 21 Mac juga akan menerima diskaun 10% untuk PC, PlayStation 4|5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post