Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

John Wick 4 Review — Pertaruhan Lebih Tinggi, Lebih Aksi!

Maira by Maira
April 6, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
John Wick 4 Review — Pertaruhan Lebih Tinggi, Lebih Aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

John Wick 4 akhirnya hadir ke pawagam Malaysia pada 23 Mac yang lalu. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat aksi daripada protagonis selepas perkara yang terjadi dalam filem ketiga – John Wick: Chapter 3 – Parabellum. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Jadi tanpa membuang masa, inilah review jujur kami untuk filem tersebut!

Penceritaan

Filem John Wick 4 membawa kita kepada sambungan kisah John Wick yang terpaksa meninggalkan tempat persembunyiannya di New York City, gara-gara menjadi “orang yang dikehendaki” dan menjadi sasaran ramai assassin di seluruh dunia.

John wick 4
Sumber: United International Pictures

Selama dua jam lebih dalam pawagam, filem ini menyajikan sesuatu yang lebih sastera serta lebih beremosi sambil cuba memberikan jalan cerita yang serius. Tetapi kami terasa seperti ada sesuatu yang kurang pada plotnya.

Kalau anda tidak pernah menonton kesemua prekuel filem ini, anda akan tertanya-tanya mengenai dendam yang diceritakan. Walaupun begitu, lakonan hebat yang diberikan oleh setiap pelakon mampu memberikan dimensi kepada filem. Tidak dilupakan juga dengna aksi-aksi gempak yang diberikan oleh John Wick.

John wick 4
Sumber: United International Pictures

Tribut kepada filem lain

Daripada segi babak aksi, anda boleh lihat ada beberapa aksi tribut kepada filem Jackie Chan, seperti penggunaan persekitaran atau item rawak untuk mempersembahkan babak aksi, yang cukup cool!

Donnie Yen sebagai ahli pedang buta, Caine, menjadi lawan terkuat John Wick. Watak ini adalah penghormatan kepada “Blind Swordsman” Jepun dengan lakonannya, keupayaannya untuk mendengar bunyi dan mengenal pasti kedudukan dan orang. Sudah tentu, Caine juga mengenali Wing Chun, dan bertarung seperti dalam filem Ip Man.

Sumber: United International Pictures

Padat dengan aksi dan “kesakitan”

Agak jarang untuk kita melihat watak yang dibunuh dengan “one hit one kill” dalam John Wick 4. Kebanyakannya akan ditikam banyak kali sebelum ditembak, atau menggunakan dua senjata untuk membunuh mereka. Ini semua disebabkan oleh sut kalis peluru yang dipakai. Jadi kedua-dua sisi akan mendapat lebih aksi dan masa untuk mengalahkan musuh masing-masing. Memang seronok betul lihat kesemua aksi ini.

John wick 4
Sumber: United International Pictures

John Wick juga menghadapi perkara yang sama, dengan pelbagai kecederaan yang diterimanya. Kita yang menontonnya juga boleh bayangkan betapa sakitnya bila kena campak, terjatuh semua itu.

Nasib baik pihak produksi menyelitkan beberapa babak lucu untuk redakan tension yang dirasai penonton.

Sumber: United International Pictures

Pandangan akhir

Kalau anda seorang peminat filem aksi, kami memang syorkan anda untuk pergi menonton John Wick 4. Kami pasti anda akan benar-benar enjoy segala babak aksi dalam filem tersebut. Tetapi bagi kami plotnya agak lemah kerana ianya agak biasa. Oh ya, terdapat easter egg pada penghujung adegan kredit. Jangan terlepas pula.

The Review

John Wick 4

8 Score

PROS

  • Aksi pertarungan terbaik dalam siri
  • Sesuai untuk peminat filem aksi

CONS

  • Plot yang biasa

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: John WickJohn Wick 4
ShareTweetSend
Previous Post

Aquaman & The Lost Kingdom akan ditayangkan 5 hari awal daripada tarikh asal!

Next Post

Pre-order dibuka untuk HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs – harga bermula RM3499!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pre-order dibuka untuk HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs – harga bermula RM3499!

Pre-order dibuka untuk HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs - harga bermula RM3499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd