Wuish! Betul ke tajuk artikel aku nih? Haaa, ini sekadar jangkaan dan juga anggaran je, bukannya betul-betul pon. Sebab apa, ROG Phone belum lagi masuk ke dalam pasaran Malaysia. Tapi, kenapa aku buat anggaran macam ni? Macam tak masuk akal je phone sampai MYR 5, 300. Mesti korang macam, alah, tipu lah dia ni. Takpe, korang nak tahu lebih lanjut? Jom, follow artikel pertama aku ni.
Jadi, semalam, aku dapat info yang ada satu platform jualan online, Gearbest, ada menjual ASUS ROG Phone ni. Dengan kadar pantas, aku terus cekidaut, nak tengok, betul ke dia da mula menjual dan berapa harga dia. Lepas je aku bukak dan tengok, nah, harga dia, $1, 303.05. Korang tak percaya? Tengok gambar bawah ni:
Nah, itulah harga yang tertera di website Gearbest. Jadi, lepas je aku tengok harga ni, aku terus convert ke MYR, dan dapatkan 1 amaun yang tak masuk akal untuk sebuah Gaming Phone, ye, memang dia Gaming, tapi, ia sekadar phone. MYR 5, 294.94 adalah amaun yang aku dapat selepas aku convert $ 1, 303.05 tadi.
Jadi, korang rasa, bila ROG Phone ni masuk Malaysia nanti, adakah ini harga yang akan dijual? Mungkin kurang, ataupun mungkin lebih. Dan, bagi korang, adakah ianya berbaloi untuk satu gaming phone, dengan harga ni? Kalau aku, baik aku buat satu PC yang high end, rasa da boleh buat buil GTX 1070 dah ni. Korang rasa? Sambil tu, nah, layan video aku pegang ROG Phone aritu.
@gamersantaimy
Discussion about this post