Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero” – Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
“Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero” – Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam laporan daripada Cinema Today, yang diterjemahkan oleh Twitter @DBSHype, Toei Animation janji akan memfailkan tuduhan jenayah dan sivil terhadap sesiapa sahaja yang berkongsi klip bocor daripada filem anime Dragon Ball Super: Super Hero, secara dalam talian.

Toei Animation reveals around 3000 illegal clips of SUPER HERO were uploaded on internet in first 10 days of its release. This is 10x more than Broly.

Toei will issue criminal & civil cases against people who posted them.

More: https://t.co/H0mSpji583 pic.twitter.com/oI7E6y5Clx

— Hype (@DbsHype) July 4, 2022

Menurut Toei, lebih 3000 klip bocor daripada Dragon Ball Super: Super Hero telah dimuat naik secara dalam talian dalam tempoh 10 hari pertama ditayangkan. Jumlah ini adalah 10x kali lebih banyak daripada jumlah klip yang dibocorkan daripada filem sebelum iaitu, Dragon Ball Super: Broly.

“Kami akan terus mengambil tindakan undang-undang untuk menangani perbuatan sedemikian, dan kami telah membincangkan isu itu dengan firma guaman mengenai kerosakan yang disebabkan oleh voyeurisme ini.”

kata Toei kepada Cinema Today.

Filem terbaru Dragon Ball ditayangkan di Jepun pada 11 Jun dan dalam beberapa jam sahaja, media sosial telah dibanjiri dengan spoiler, sebahagiannya termasuk video yang dirakam di pawagam. Untuk mengelakkan lebih banyak isu tentang jalan cerita, Toei mula mendedahkan plot cerita di dalam bahan promosi mereka tetapi malangnya, bahan itu hanya tersedia di Jepun sahaja.

Memandangkan filem Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos, kita masih berbaki lebih kurang 2 bulan sebelum tayangan pertama. Saya cuma ingin menjelaskan bahawa tindakan undang-undang daripada Toei bukan hanya di Jepun, malah merangkumi seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jika sesiapa didapati bersalah mengedarkan klip Super Hero tanpa izin, mereka akan serta-mertak dikenakan tindakan tidak kira dari negara mana pun.

Jangan pandang rendah kepada Toei Animation kerana mereka sangat-sangat melindungi harta inteleknya. Sebagai contoh: pada Disember lalu, studio itu menerima banyak kecaman kerana menggunakan sistem hak cipta (copyright) YouTube untuk membuang lebih 150 video oleh YouTuber anime “Totally Not Mark”.

Menurut YouTuber tersebut, majoriti video yang dibuang sebenarnya adalah ulasan dan tutorial melukis, yang sepatutnya mengikut piawaian YouTube. Selepas beberapa hari, video “Totally Not Mark” dibenarkan untuk kekal dalam halaman YouTube, namun ia kini disekat daripada penonton Jepun.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball Super, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon Ball Super: Super HerofilemToei
Previous Post

One Piece Odyssey – Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri

Next Post

King of Fighter 98 Ultimate Match – Beri peluang game fighting klasik menyerlah sekali lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
King of Fighter 98 Ultimate Match – Beri peluang game fighting klasik menyerlah sekali lagi!

King of Fighter 98 Ultimate Match - Beri peluang game fighting klasik menyerlah sekali lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd