Bandai Namco secara rasminya telah mengesahkan watak DLC seterusnya untuk Dragon Ball FighterZ adalah Janemba! Watak ini ditunjukkan pada penamat Dragon Ball FighterZ Grand Finals di Evo 2019 fighting game tournament.
Seperti watak lain dalam game ini, Janemba kelihatan sama seperti sumbernya, dengan pelbagai butiran ditarik daripada anime untuk memastikan dia kelihatan dan merasa “authentic“. Dia menggunakan kebolehannya untuk memanipulasi perkara dan mengawal dimensi untuk membuat kombo rumit yang pasti menjengkelkan untuk dihalang. Tambahan lagi pedang merahnya yang tajam adalah satu lagi alat tambahan bahaya. Janemba dijangka akan keluar pada 8 Ogos untuk semua.
Yang lebih mengejutkan ialah tayangan pendek Gogeta SSGSS selepas showcase Janemba. Gogeta SSGSS akan menjadi watak DLC kelima dalam Fighterz Pass 2. Producer Tomoko Hiroki berkata akan ada lebih banyak maklumat tentang Gogeta pada masa akan datang manakala watak keenam dalam Fighterz Pass 2 adalah versi Broly daripada Dragon Ball Super.
Sumber – Gamespot
@gamersantaimy
Discussion about this post