Electronic Arts Inc. hari ini melancarkan game terbaru dalam francais UFC, EA SPORTS UFC 4, yang membolehkan pemain membentuk legasi UFC mereka sendiri atau mencabar dunia dalam Blitz Battles baru atau Online World Championship untuk menjadi juara Octagon. Pemain boleh memasuki gelanggang hari ini di PlayStation 4 dan Xbox One.
“Untuk EA SPORTS UFC 4, kami ingin memberi tumpuan untuk mencipta permainan MMA yang tulen untuk peminat. Daripada kemas kini ke mekanisme takedown, hingga input serangan dinamik baru dan kawalan sokongan grapple, kami memberikan pengalaman permainan yang lebih mendalam dan lebih mudah diakses untuk peminat di semua peringkat. Kami juga mencipta sistem kemajuan baru yang berpusat pada Created Fighter yang memberi ganjaran kepada pemain untuk setiap pertarungan melalui Connected Fighter Profile baru untuk menunjukkan keperibadian dan prestasi pejuang mereka.” -Pengarah Kreatif EA SPORTS UFC 4, Brian Hayes.
Pemain boleh memilih antara pelbagai mod dan cara bermain. Naik peringkat dalam Career Mode yang merangkumi sistem evolusi serba baru di mana setiap pilihan penting untuk membentuk kemahiran pejuang. Bersaing untuk menjadi juara dunia dalam Blitz Battles atau bertarung yang terbaik di dunia dalam Online World Championship. Sebagai tambahan, ikuti pertarungan ke empat persekitaran baru yang memberi penghormatan kepada sukan tempur fiksyen dan bersejarah, termasuk The Kumite dan The Backyard.
Untuk meraikan pelancaran EA SPORTS UFC 4, peminat boleh menonton EA SPORTS UFC Virtual Fight Card pada malam ini. Siaran bermula pada jam 4:30PM PT dan akan disiarkan di saluran UFC YouTube dan Twitch. Dihoskan oleh Mike Greenberg dan Dianna Russini, ia akan menampilkan perlawanan UFC 4 antara WWE Hall of Famers “The Bella Twins“, bintang muka depan EA SPORTS UFC 4 Jorge Masvidal dan penghibur Action Bronson, bersama dengan perlawanan tambahan yang menampilkan bekas juara tinju kelas berat Tyson Fury, pelawak Spice Adams, streamer popular Lirik, dan banyak lagi.
Ahli EA Access boleh melompat ke Octagon sekarang dan mencuba permainan sehingga 10 jam sebagai sebahagian daripada keahlian mereka, serta menikmati potongan 10% untuk pembelian permainan penuh dan UFC Points. EA SPORTS UFC 4 kini tersedia di seluruh dunia di PlayStation 4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post