Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ironheart Akan Debut Dalam Sekuel Black Panther, Mainkan Peranan Penting dalam MCU Akan Datang!

Maira by Maira
August 11, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Ironheart Akan Debut Dalam Sekuel Black Panther, Mainkan Peranan Penting dalam MCU Akan Datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan tarikh tayangan Black Panther: Wakanda Forever semakin menghampiri, nampaknya ada maklumat baru telah didedahkan. Ironheart dikatakan akan diperkenalkan secara rasmi dalam filem Black Panther yang baru itu. Kalau anda ingin tahu, Ironheart ataupun Riri Williams merupakan seorang prodigi teknologi muda yang telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan boleh dikatakan sebagai pengganti untuk Iron Man dalam MCU nanti. Sirinya juga akan ditayangkan pada tahun depan di Disney+ selepas pengumuman rasmi semasa acara SDCC 2022.

Dilakonkan oleh Dominique Thorne, penonton boleh nantikan ketibaan Ironheart dalam filem Black Panther: Wakanda Forever. Ini akan menjadi titik permulaan Ironheart dalam MCU. Dengan Iron Man sudah tiada selepas filem Avengers: Endgame, Ironheart sebagai hero Iron baru akan menjadi watak penting dalam projek MCU akan datang. Melalui Screen Rant, produser Marvel Studios, Brad Winderbaum yang terlibat dalam penghasilan Ironheart, memberitahu tentang kepentingan Riri Williams sebagai watak MCU malah meramalkan bahawa penonton akan kagum apabila wira itu membuat debutnya dalam filem Black Panther.

Dengan trailer baru filem Black Panther yang telah didedahkan semasa SDCC 2022, ramai juga peminat Marvel yang tertanya-tanya tentang masa depan siri ini. Lebih-lebih lagi mengenai pengganti baru hero itu serta arah tujunya selepas ini. Dengan kemunculan ramai hero baru yang diperkenalkan dalam MCU seperti Shang Chi, Ms. Marvel dan Echo, kita sudah boleh agak bahawa pasukan Avengers akan mempunyai ramai wajah-wajah baru. Alang-alang produser juga kagum dengan watak Ironheart yang dibawa oleh Thorne, nampaknya kita perlu menunggu November nanti untuk mengetahui jika ia benar atau tidak.

Apa pula pendapat anda mengenai Ironheart dalam MCU? Adakah anda mempunyai harapan yang tinggi terhadapnya? Boleh kongsikan di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Black Panther: Wakanda ForeverIronheart
Previous Post

Red Hood beraksi dengan penuh gaya dalam trailer baru Gotham Knights

Next Post

“Kesian artis VFX” – Bintang utama balas komen negatif netizen tentang CGI She-Hulk

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Kesian artis VFX” – Bintang utama balas komen negatif netizen tentang CGI She-Hulk

"Kesian artis VFX" - Bintang utama balas komen negatif netizen tentang CGI She-Hulk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd