Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Invincible’ Season 2 akan tayang November 2023, Trailer Baru Mendedahkan Antagonis Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2023
in Amazon Prime Video, Animasi, Artikel, Berita, Komik, Movie/siri
0 0
0
‘Invincible’ Season 2 akan tayang November 2023, Trailer Baru Mendedahkan Antagonis Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Invincible adalah salah satu animasi paling popular di seluruh dunia selepas ia ditayangkan di Prime Video pada tahun 2021. Berdasarkan buku komik dengan nama yang sama, animasi ini menceritakan tentang Mark Grayson, anak kepada Omni-Man (superhero paling kuat di bumi), ketika dia memperoleh kuasanya sendiri dan berusaha untuk menjadi wira yang idamkan.

Sebagai sebahagian daripada panel New York Comic Con, Prime Video telah mendedahkan trailer rasmi pertama untuk Invincible Season 2, yang bakal ditayangkan pada bulan November nanti.

Berkenaan naratif; trailer di atas menunjukkan pandangan yang lebih mendalam pada bab seterusnya dalam kehidupan Mark, iaitu keinginannya untuk kembali memerangi jenayah selepas dibelasah sehingga lunyai oleh bapanya Omni-Man di penghujung Season 1.

Malangnya, tidak semua berjalan lancar, kerana Mark perlu menghadapi Angstrom Levy, seorang penjahat yang mampu meneroka dimensi.

Kredit: Prime Video

Walaupun kita tahu dia akan menjadi antagonis utama untuk Season ini, Robert Kirkman dan Simon Racioppa mengambil pendekatan tepat komik untuk mengadaptasi asal usul Levy. Diperkenalkan dalam bab #16 di komik Invincible, Levy ialah seorang saintis mempunyai keupayaan untuk mencipta portal ke dimensi alternatif dan berhasrat untuk mencipta mesin yang membolehkannya memperoleh ilmu daripada versi dirinya yang lain. Percubaannya Levy gagal apabila Invincible campur tangan, dan ini mengakibatkan kecacatan besar pada badannya.

Kredit: Prime Video

Oleh itu, Levy mempunyai keinginan besar untuk membalas dendam terhadap Mark.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk tonton, empat episod pertama untuk Invincible Season 2 akan disiarkan setiap minggu mulai 3 November, manakala selebihnya akan ditayangkan pada awal 2024.

Kredit: Prime Video

Dapatkan segala berita kami tentang francais Invincible di SINI!

Tags: InvinciblekartunPrime Video
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia 403: All Might Diambang Maut, Bakugo Akhirnya Kembali! [SPOILER]

Next Post

ENDLESS Dungeon Review — Pengembaraan Roguelite di Stesen Angkasa Terbiar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
ENDLESS Dungeon Review — Pengembaraan Roguelite di Stesen Angkasa Terbiar!

ENDLESS Dungeon Review -- Pengembaraan Roguelite di Stesen Angkasa Terbiar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd