Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu Honor of Kings Plus: Hero Custom, Perubahan Peta, Terjemahan Melayu & Banyak Lagi Dalam Update Terbesar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2025 - Updated on June 24, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Temuramah
0 0
0
Interviu Honor of Kings Plus: Hero Custom, Perubahan Peta, Terjemahan Melayu & Banyak Lagi Dalam Update Terbesar!
Share on FacebookShare on Twitter

Update terbaru Honor of Kings Plus dijangka mengubah landskap MOBA menerusi kemunculan hero baharu yang lebih bertenaga, penambahbaikan mekanik gameplay, serta pengenalan sistem baharu yang dibangunkan berdasarkan maklum balas pemain.

Dalam sesi khas bersama Dean Huang, Game Producer, beliau berkongsi pandangan di sebalik perubahan ini yang memberi fokus kepada aspek personalisasi, strategi dan kebolehcapaian global.

Dari kemunculan hero inovatif Flowborn, perubahan medan perang, sehinggalah teknologi voice-to-text terkini, update ini menunjukkan pengalaman luas mereka dalam genre MOBA dan komitmen berterusan untuk terus berkembang bersama para pemain.

Flowborn, Hero Serba Boleh untuk Gaya Bermain Tersendiri

Kredit: TiMi Studio Group

Antara tumpuan utama dalam Honor of Kings Plus ialah kemunculan Flowborn, seorang hero yang direka khas untuk mengubah kebiasaan dalam game MOBA dan mencerminkan identiti unik setiap pemain.

“Dengan Flowborn, kami ingin memecahkan norma dan mencipta Hero yang mewakili pemain itu sendiri, membolehkan mereka memperoleh pelbagai skil dan senjata tanpa lagi terikat dengan pemilihan lane,” jelas Huang.

Flowborn merupakan hero serba boleh yang boleh beralih peranan antara Tank, Mage atau Marksman, memberi fleksibiliti yang luar biasa dalam pertarungan. Pemain juga bebas untuk menukar rupa serta jantina Flowborn, menyesuaikannya mengikut suasana perlawanan sambil menonjolkan gaya permainan masing-masing.

“Ini membolehkan variasi dan personalisasi yang lebih besar, membolehkan pemain menunjukkan gaya dan identiti unik mereka semasa bertarung,” tambah Huang.

Kredit: TiMi Studio Group

Satu aspek menarik yang memperkukuh fleksibiliti Flowborn ialah sistem buff atribut yang menggunakan tenaga misteri dikenali sebagai “Flow” dari King’s Continent. Sistem ini membolehkan pemain menukar “enhancement” tertentu mengikut situasi semasa dalam game.

Sebagai contoh, jika diasak oleh Assassin, pemain boleh memilih buff untuk bertahan lebih lama, manakala mereka yang ingin menyokong pasukan boleh memilih “movement speed” untuk lebih mobiliti.

“Kami berharap dapat memberikan pemain rasa kebebasan strategik dan memperkasakan mereka untuk bermain mengikut cara yang paling sesuai,” kata Huang, menggambarkan lapisan taktikal yang ditawarkan oleh sistem ini.

Bagi memastikan keseimbangan kekal terjaga, setiap peranan akan mempunyai tahap kecekapan tersendiri, dan sistem pemilihan dikunci mengikut pilihan semasa fasa ban/pick.

“Ini mengelakkan situasi seperti memilih peranan tank semasa BP tetapi bertukar kepada mage dalam game,” kata Huang, menekankan pentingnya konsistensi dan kerjasama pasukan.

Pelancaran Flowborn di peringkat global juga seiring dengan hala tuju lebih besar yang dirancang oleh pasukan pembangunan.

“Kedatangan Flowborn adalah hasil natural dari pengalaman bertahun-tahun kami dalam membangunkan game MOBA, selari dengan visi masa depan kami,” kata Huang.

Dengan ulang tahun pertama server antarabangsa, kehadiran Flowborn dianggap sebagai satu langkah berani ke hadapan. Pasukan menjangka hero ini akan menjadi pilihan popular kerana kebolehannya yang pelbagai, namun telah menjalankan penyeimbangan teliti untuk setiap peranan bagi mengelakkan ketidakseimbangan.

“Walaupun Flowborn mempunyai atribut untuk memainkan pelbagai peranan, kami telah mempertimbangkan kesan terhadap keseimbangan game untuk setiap peranan demi pengalaman yang konsisten,” jamin Huang.

Pada masa akan datang, pasukan akan terus memerhati maklum balas global dan kadar penggunaan Flowborn sebelum membuat keputusan sama ada konsep hero pelbagai kelas ini akan dikembangkan lagi, menjadikan Flowborn sebagai percubaan penting untuk mekanik baharu ini.

Penyesuaian Gameplay: Mengemaskan Rentak dan Meningkatkan Persaingan

Kredit: TiMi Studio Group

Honor of Kings Plus memperkenalkan pelbagai perubahan pada struktur medan perang dengan matlamat mempercepatkan rentak permainan, memperluaskan kepelbagaian strategi, serta menjawab maklum balas pemain mengenai isu keseimbangan.

Di Mid Lane, penambahan satu Minion tambahan dalam setiap gelombang sebelum minit keempat direka untuk menarik tumpuan pemain kepada pertarungan di lane berbanding “roaming” terlalu awal.

“Perubahan ini bertujuan menggalakkan pelbagai pilihan Hero Mid Lane, bukannya hanya memilih Hero yang berat roaming,” jelas Huang.

Selain itu, penyingkiran River Sprite dari Mid Lane membantu menstabilkan pengumpulan gold, mengelakkan perubahan mendadak dalam tempo permainan akibat objektif kecil, dan membolehkan pemain “menggunakan tekanan aktif ke atas lawan di lane untuk mengawal rentak permainan.”

Kredit: TiMi Studio Group

Bagi Clash Lane, Space Spirit kini menjadi objektif penting, dengan kadar respawn yang dipantaskan bagi menghadirkan lebih banyak pertarungan taktikal di sekitar portal teleport.

“Kami mendapati pemain di Clash Lane banyak bergantung pada portal teleport,” kata Huang, menjelaskan bagaimana perubahan ini mengekalkan tumpuan pemain kepada strategi pertarungan sebenar. Sementara itu, di Farm Lane pula, kadar respawn Firehawk telah dikurangkan bagi mengekang tekanan awal yang terlalu kuat.

“Respawn Firehawk yang kerap menyebabkan terlalu banyak gangguan di Farm Lane, sering menyebabkan pihak yang mempunyai kelebihan awal terus menekan dan mendominasi,” kata Huang.

Penyesuaian ini bertujuan mencipta suasana early game yang lebih seimbang, membolehkan pemain memberi keutamaan kepada aktiviti “farming” tanpa gangguan berlebihan.

Kredit: TiMi Studio Group

Satu lagi perubahan besar melibatkan penyingkiran Super Minion dari ketiga-tiga lane apabila Base diceroboh.

“Sebelum ini, apabila ketiga-tiga lane dilanggar, kemunculan Super Minion di setiap lane menjadikan pasukan yang kalah hampir mustahil untuk comeback,” jelas Huang.

Dengan membuang mekanik ini, pasukan pembangunan ingin membuka ruang bagi pasukan yang berada dalam kedudukan sukar, sekaligus menjadikan perlawanan lebih sengit dan mendebarkan hingga ke akhir. Sebuah lagi tambahan yang telah lama diminta oleh komuniti ialah skil teleportasi.

“Pemain telah lama meminta skil teleportasi, dan kami juga berharap menjadikannya ciri kekal di medan perang,” kata Huang.

Menghargai Semangat Berpasukan Melalui Sistem Reach for the Stars

Kredit: TiMi Studio Group

Sistem terbaru “Reach for the Stars” membawa pendekatan yang lebih segar dalam menghargai pemain, dengan memberi pengiktirafan kepada individu yang menonjol tanpa mengabaikan nilai asas permainan berpasukan dalam Honor of Kings.

Melalui sistem ini, pemain di pihak yang tewas masih berpeluang memperoleh bintang jika prestasi keseluruhan mereka dinilai cemerlang.

“Honor of Kings adalah game kompetitif berasaskan pasukan, dan kerjasama pasukan adalah terasnya,” tegas Huang.

Penilaian akan lebih menitikberatkan aspek seperti jumlah “assist” dan penglibatan dalam pasukan, berbanding statistik individu seperti KDA, agar ganjaran lebih adil kepada mereka yang bijak bermain secara berpasukan.

“Definisi kami untuk ‘standout player’ tidak termasuk mereka yang mengumpul sumber atau menjejaskan koordinasi pasukan,” jelas Huang, meredakan kebimbangan terhadap pemain yang mementingkan statistik peribadi.

Kredit: TiMi Studio Group

Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan, sistem ini direka dengan menilai pelbagai aspek tingkah laku dalam perlawanan, termasuk menyisihkan pemain yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memberi sumbangan bermakna kepada pasukan.

“Sistem hasil baru kami dibina berdasarkan falsafah yang sama,” kata Huang, merujuk kepada bagaimana skrin keputusan selepas perlawanan kini memberi penekanan kepada statistik seperti assist dan penglibatan pasukan.

Pendekatan ini bukan sahaja mengiktiraf kemahiran bermain, malah menggalakkan budaya menjadi rakan sepasukan yang lebih baik.

Inovasi Voice-To-Text Masa Nyata

Kredit: TiMi Studio Group

Dalam genre MOBA yang bersifat global, komunikasi yang jelas amat penting, dan update Honor of Kings Plus kini memperkenalkan sistem transkripsi serta terjemahan suara-ke-teks secara langsung yang menyokong bahasa Cina, Inggeris, Indonesia dan Bahasa Melayu, dengan lebih banyak bahasa bakal ditambah pada masa akan datang.

Proses pembangunan ciri ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Cabaran utama yang kami hadapi ialah walaupun pemain bercakap dalam bahasa yang sama, orang dari kawasan berbeza mempunyai loghat dan dialek tempatan yang berbeza,” jelas Huang.

Untuk memastikan sistem ini berfungsi dengan tepat, pasukan telah mengumpul pelbagai sampel suara daripada komuniti dari pelbagai kawasan bagi melatih model AI yang mampu mengenal pasti pelbagai sebutan dan intonasi.

“Pasukan kami menghabiskan banyak masa mengumpul sampel suara dari kawasan tempatan yang berbeza untuk melengkapkan latihan,” tambah Huang.

Kredit: TiMi Studio Group

Selepas sistem ini dilancarkan, prestasinya akan terus dipertingkat dengan mengambil kira corak penggunaan sebenar daripada para pemain.

Pendekatan ini bertujuan menjadikan komunikasi antara pemain lebih mudah dan jelas, mengurangkan kesilapan faham dan membuka ruang untuk pengalaman bermain yang lebih inklusif di seluruh server global.

Visi Global Ialah Hero Original & Tumpuan kepada Komuniti

Kredit: TiMi Studio Group

Honor of Kings Plus mencerminkan komitmen pasukan pembangunan untuk menambah variasi dalam barisan Hero sambil menjadikannya lebih dekat di hati pemain dari seluruh dunia.

Meskipun banyak Hero dalam versi global diambil dari server China, pasukan kini lebih bersemangat untuk mencipta watak-watak original yang diinspirasikan oleh budaya tempatan dari pelbagai wilayah.

“Kami pasti ingin memperkenalkan lebih banyak Hero original, termasuk yang memberi penghormatan atau dipengaruhi oleh budaya serantau,” kata Huang, sambil memberi contoh Fatih, seorang hero yang terinspirasi daripada sejarah Turki.

Kredit: TiMi Studio Group

Satu lagi elemen penting dalam update ini ialah versi baharu Honor Pass, yang kini menawarkan sistem misi yang lebih ringkas serta ganjaran yang disusun berasaskan acara, sebagai respon kepada maklum balas pemain yang mahukan sistem perkembangan yang lebih konsisten dan tersusun.

Huang turut menekankan bahawa suara pemain memainkan peranan besar dalam membentuk kandungan kali ini. Dari penambahbaikan aspek kualiti hidup hinggalah kepada kehadiran Flowborn dan pelarasan peta pertempuran, setiap elemen adalah hasil perbincangan aktif bersama komuniti.

“Kami komited untuk membuat penyesuaian yang perlu berdasarkan prestasi Flowborn dan maklum balas selepas pelancaran,” kata Huang, menunjukkan kesediaan mereka untuk terus bekerjasama dengan pemain dalam menambah baik pengalaman bermain.

Kredit: TiMi Studio Group

Seperti yang dijelaskan oleh Huang, matlamat utama pasukan ialah untuk “memperkasakan pemain untuk bermain mengikut cara yang paling sesuai dengan mereka,” di samping mencipta permainan yang bukan sahaja mencerminkan gaya individu, tetapi juga dipenuhi semangat kerjasama yang kompetitif.

Honor of Kings kini boleh dimuat turun di peranti Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honor of Kings Plusinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Bermain Sebagai EXO‑Soldier Rafa, Berjumpa Boss Fight Baharu!

Next Post

Update Honkai: Star Rail 3.4 Membawa Kolaborasi Fate/stay night, Saber & Archer Boleh Dimainkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul
Teknologi

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul

July 18, 2025
Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW
Steam

Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW

July 18, 2025
Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!
Anime

Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!

July 18, 2025
Next Post
Update Honkai: Star Rail 3.4 Membawa Kolaborasi Fate/stay night, Saber & Archer Boleh Dimainkan!

Update Honkai: Star Rail 3.4 Membawa Kolaborasi Fate/stay night, Saber & Archer Boleh Dimainkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd