Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu Bersama Pemenang Pokémon TCG Showdown Championship 2026: Tiga Juara, Tiga Kisah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 28, 2026
in Artikel, Berita, Tempatan, Temuramah, Trading Card Game
0 0
0
Interviu Bersama Pemenang Pokémon TCG Showdown Championship 2026: Tiga Juara, Tiga Kisah!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 17 dan 18 Januari lalu, Pusat Konvensyen Pavilion Bukit Jalil (tingkat lima, Pink Zone) menjadi tumpuan bagi kejohanan Pokémon TCG Showdown Championship 2026. Acara ini mempertandingkan tiga kategori utama: U16 (pemain bawah 16 tahun), Shop Team Battle, dan Intercollege Cup.

Selain menyaksikan kejohanan, pengunjung turut disajikan dengan kedai pop-up, sesi tutorial Pokémon TCG, mesin permainan Pokémon Mezastar, serta zon khas bertemakan Pokémon Legends: Z-A.

Selepas dua hari persaingan yang sengit, tiga juara dengan latar belakang berbeza dinobatkan — setiap seorang membawa strategi, personaliti, dan cita-cita tersendiri.

Inter-College Cup – Lim Wen Foo

Lim Wen Foo, Juara Inter-College Cup | Kredit: Digital Braves

Sebaik sahaja meraih kemenangan, Lim Wen Foo tampil memperkenalkan diri dengan penuh keyakinan. “Nama saya Lim Wen Foo, dan saya baru sahaja memenangi Intercollege Cup untuk Pokémon TCG Showdown 2026,” katanya ketika dikelilingi para pemain yang sedang sibuk mengemas playmat masing-masing.

Apabila ditanya tentang perasaannya menjuarai kategori yang begitu sengit, Lim menjawab tanpa ragu-ragu. “Saya berasa sangat teruja sekarang kerana ada ramai pemain yang kuat di sini, dan saya berjaya menonjol di kalangan mereka semua,” jelasnya, mengakui bahawa saingan kali ini bukanlah mudah.

Bercerita mengenai strategi luar jangka yang dihadapi, Lim terus merujuk kepada pusingan akhir menentang deck Dark Box yang menggunakan Toxtricity. Keadaan menjadi tegang apabila kedua-dua pemain mengalami situasi “bricked” (kad di tangan tidak menjadi).

“Kami terpaksa bermain menggunakan satu-satunya hand kami, dan kemudian saya berjaya top deck,” imbaunya. Dia kemudian bertindak pantas melakukan setup “double Froslass untuk memberi tekanan kepada Munkidori dan Toxtricity mereka.”

Kredit Imej: The Pokémon Company

Menyentuh tentang pemilihan deck, Lim mendedahkan dia menggunakan gabungan Marnie’s Grimmsnarl–Froslass. Keputusan ini didorong oleh minat peribadi.

“Saya memilih deck ini kerana Grimmsnarl adalah salah satu Pokémon kegemaran saya, dan saya juga sangat menyukai Marnie sebagai Trainer,” katanya.

Namun, apabila ditanya adakah Grimmsnarl merupakan MVP sebenar, jawapan Lim agak mengejutkan.

“Mengejutkan, tidak,” akuinya. “Sebahagian besar kerja berat dilakukan oleh Froslass dan Munkidori.”

Jelasnya, melakukan setup Grimmsnarl kadangkala membuka peluang mudah kepada lawan untuk mengambil dua prize card.

Persediaan Lim untuk kejohanan ini sebenarnya ringkas. Dia tidak meluangkan masa berjam-jam untuk grinding dalam talian, sebaliknya lebih selesa berlatih dalam kejohanan gym tempatan bersama rakan-rakan sehari sebelum acara, kerana baginya latihan fizikal lebih bermakna.

Ditanya mengenai detik paling manis sepanjang hujung minggu tersebut, Lim menjawab ringkas:

“Ia adalah selepas saya menang.”

Kini, Lim sudah memasang impian untuk terus bersaing. “Saya akan memenangi lebih banyak kejohanan,” katanya, sambil mengesahkan rancangannya untuk menyertai Ultra Ball League yang akan datang.

Shop Team Battle – PokeDads (Hobby Lords Setia Alam)

Dari kiri ke kanan: Edmund, Koon, Fong, Yee Zhern, dan Jason, Juara Shop Team Battle | Kredit: Digital Braves

Pasukan juara ini memperkenalkan diri mereka dengan nada bergurau.

“Nama pasukan kami ialah PokeDads — ya, kami ada tiga bapa di sini,” kata Koon.

Pasukan dari Hobby Lords Setia Alam ini dibarisi oleh Koon, Fong, Edmund, Jason, dan Yee Zhern.

Bila ditanya perasaan mereka selepas memenangi Shop Team Battle, reaksi mereka bercampur baur antara lega dan gembira. “Ia merupakan dua hari yang sangat panjang,” akui seorang ahli, manakala seorang lagi bergurau tentang isteri masing-masing. “Ya, saya agak doomed — dia sedang menunggu di sana,” dan mereka ketawa bersama.

Memandangkan mereka mengakui kurang berlatih sebagai satu pasukan, mereka menjelaskan bagaimana persediaan sebenar dibuat. Kuncinya ialah rutin bermain setiap minggu di Hobby Lords Setia Alam dan penyertaan dalam liga gym battle.

Jason, ahli paling baharu menambah, “Mereka banyak mengajar saya — ia benar-benar satu usaha bersama.” Koordinasi pasukan banyak dilakukan menerusi WhatsApp, terutamanya dalam memastikan setiap ahli membawa deck berbeza. Mereka sepakat mengangkat Fong sebagai MVP pasukan.

Kredit: Digital Braves

Ditanya jika ada lawan yang mengejutkan mereka dengan strategi pelik, jawapan mereka penuh yakin:

“Kamilah yang melakukan kejutan itu.”

Mengimbas kembali kenangan sepanjang kejohanan, mereka lebih menghargai semangat setiakawan berbanding kemahiran individu semata-mata.

“Setiap bahagian adalah kenangan manis,” kata mereka.

Kemenangan ini bukan hasil seorang pemain sahaja, malah Jason yang masih baru pun memainkan peranan penting.

Kredit: The Pokémon Company

Setiap ahli mempunyai alasan tersendiri dalam pemilihan deck. Seorang memilih Turbo Miraidon kerana ia “bukan meta, tetapi sangat mengejutkan sebagai opener.” Seorang lagi setia dengan Dragapult yang sudah digunakannya lebih tiga tahun.

Ada yang terpaksa akur menggunakan Gholdengo sambil bergurau, “Saya benci deck ini sebab ia selalu kalahkan saya — jadi saya menyertainya.” Jason memilih Lucario sebab ia “straightforward dan kuat untuk pemain baharu,” manakala ahli terakhir membawa Garchomp yang di-tech khusus untuk melawan meta.

Mengenai rancangan masa depan, salah seorang ahli berkata dia bermain secara santai tetapi masih berharap dapat memenangi Great Ball atau Ultra Ball League tahun ini. Rakan lain pula bersambung, “Kami hanya di sini untuk berseronok.”

Bahagian U16 – Marcus Tan

Marcus (kanan), Juara Bahagian U16 | Kredit: Digital Braves

Dengan tenang, Marcus Tan memperkenalkan diri selepas kemenangannya.

“Nama saya Marcus Tan, dan saya baru sahaja memenangi pertandingan U16.”

Apabila ditanya perasaannya, Marcus mengakui dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada awalnya. “Saya cuma berharap dapat masuk ke Top Cut, dapat playmat, dan beberapa pek,” katanya, menjadikan kemenangan ini terasa lebih bermakna.

Marcus mengesahkan dia menggunakan deck Dragapult. Prestasi baik deck tersebut dalam kejohanan baru-baru ini meyakinkannya untuk terus menggunakannya “sehingga rotasi seterusnya.”

Kredit: The Pokémon Company

Siapakah MVP dalam deck beliau? Marcus menjawab dengan satu perkataan: “Counter Catcher,” merujuk kepada kad yang menjadi penentu dalam pusingan penting.

Detik paling manis baginya adalah satu kebangkitan dramatik, di mana dia berjaya membalikkan keadaan walaupun ketinggalan lima prize ketika lawannya hanya perlukan satu prize lagi untuk menang.

Dari segi persediaan, Marcus banyak berlatih di Pokémon TCG Live dan menyertai pertandingan tempatan jika berkesempatan. Baginya, latihan yang konsisten lebih baik daripada berlatih sakan di saat akhir.

Ditanya mengenai kejutan daripada lawan, Marcus menyebut tentang satu deck Gardevoir yang dihadapinya. Dia tidak menjangka gabungan Lillie’s Clefairy ex dan Mega Mawile ex tiba-tiba mengubah rentak permainan dan merampas tiga prize sekaligus.

Mengakhiri temu bual tentang masa depan, Marcus meletakkan cita-cita tinggi. “Memenangi Master Ball League akan menjadi impian,” katanya, sambil menambah matlamat utamanya adalah untuk layak ke Worlds dan “memenangi segalanya.”

Sebuah Kejohanan untuk Dikenang

Kredit: Digital Braves

Kejohanan Pokémon TCG Showdown 2026 bukan sekadar pentas menguji kemahiran. Ia menyerlahkan semangat, komuniti, strategi, dan kisah peribadi merentasi pelbagai peringkat umur dan gaya permainan.

Daripada percaturan bijak Lim Wen Foo dan semangat berpasukan PokeDads, hinggalah cita-cita tinggi Marcus Tan, acara ini membuktikan mengapa Pokémon TCG terus berkembang subur di Malaysia — bukan sekadar permainan, tetapi sebagai satu budaya yang dikongsi bersama.

Tags: interviuPokémon TCG Showdown Championship 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Toei Umum Filem Kamen Rider AGITO Baharu! Semua Pelakon Asal Kembali!

Next Post

[Eksklusif] Mengapa Sekarang Adalah Waktu Terbaik Untuk Bermain Fallout 76? Kupasan Evolusi Selama 7 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[Eksklusif] Mengapa Sekarang Adalah Waktu Terbaik Untuk Bermain Fallout 76? Kupasan Evolusi Selama 7 Tahun!

[Eksklusif] Mengapa Sekarang Adalah Waktu Terbaik Untuk Bermain Fallout 76? Kupasan Evolusi Selama 7 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd