Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview bersama Hakken: Kenali cosplayer terhebat di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 30, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Interview bersama Hakken: Kenali cosplayer terhebat di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pemulihan beransur-ansur Covid-19 di Asia Tenggara, sejumlah acara ACG besar telah diadakan di rantau ini. Salah satunya, AFA 2022 kembali dengan pelbagai acara dan panel menarik, yang termasuk Hakken, salah satu cosplayer terhebat di Malaysia. Di AFA 2022, kami sempat menanyakan beberapa soalan dan Hakken cukup baik hati menjawab beberapa soalan kami dalam temu bual secara e-mel.

Hakken

Sebagai pengenalan, Hakken Ryou ialah seorang cosplayer popular dari Sarawak, Malaysia. Sejak memulakan kerjaya, dia telah mengumpul lebih 3.8 juta follower di Instagram dan boleh dianggap sebagai salah satu cosplayer terkemuka di kalangan komuniti anime/manga kerana cosplay-nya yang hebat dan sangat terperinci sebagai watak lelaki kacak.

Dalam interview ini, Hakken akan menjelaskan lebih lanjut tentang industri cosplay dalam perspektifnya dan menawarkan beberapa nasihat untuk mereka yang ingin cuba menceburi hobi itu.

Kemunculan di AFA dan kesan pandemik

Selepas tamatnya PKP tahun ini, Hakken mula bergiat aktif dan membuat penampilan sebagai tetamu khas di Anime Fest dan AFA 2022. Kami sempat bertemu dengannya untuk menbincangkan tentang industri cosplay secara umum. Selain daripada menceritakan pengalaman kembali ke acara konvensyen dan cosplay di khalayak ramai, Hakken turut kata dia gembira dapat melihat semua orang secara berdepan sekali lagi.

“Sungguh mengujakan dapat menghadiri acara sekali lagi, terutamanya apabila melihat peminat dan berinteraksi dengan mereka secara bersemuka – yang memberi saya kegembiraan dan motivasi yang sudah lama tidak dirasai sejak wabak.

Saya akan katakan ia sukar untuk menampung semua orang di konvensyen buat masa sekarang, jadi saya berharap untuk menghadiri lebih banyak acara di mana saya dapat berinteraksi lebih banyak dengan peminat ”.

Sebagai penjelasan, majoriti konvensyen amat sesak tahun ini kerana tiket habis dijual dengan cepat. Ramai faham; PKP sudah tamat, jadi semua orang ingin merasa suasana konvensyen ACG sekali lagi. Tetapi jangan risau!

Jumlah konvensyen yang bakal diadakan di Malaysia akan semakin bertambah pada 2023 memandangkan permintaan pun sangat tinggi. Ini memberi banyak peluang untuk semua orang hadir konvensyen lokal pada masa hadapan dan manalah tahu, berjumpa dengan Hakken.

Memilih watak untuk cosplay

Langkah besar pertama dalam cosplay adalah untuk memilih watak bagi menghasilkan kostum. Memandangkan ada begitu banyak watak daripada pelbagai anime, game dan filem, ini bukan tugas yang mudah. Hakken menceritakan watak jenis apa yang sering menarik perhatiannya dan membuatkan dia ingin mahu cosplay.

“Saya suka watak kuat dengan gaya yang dominan tetapi elegan. Tidak pasti cara untuk menerangkannya dengan lebih baik tetapi saya rasa anda boleh melihat corak daripada watak-watak yang saya suka seperti Sephiroth, Madara, Zhongli, SilverAsh, dan lain-lain.

Selain itu, saya suka watak yang realistik, jelas dan lengkap. Saya mengambil berat tentang latar belakang watak itu. Ini adalah faktor paling penting yang mendorong saya untuk cosplay seorang watak”.

  • Cosplay sebagai Suguru Geto
  • Cosplay sebagai Satoru Gojo

Had diri semasa cosplay

Di sini, kami tertanya-tanya sama ada terdapat had atau sempadan dalam cosplay yang seseorang individu tidak boleh langgar apabila memulakan cosplay. Antara contoh adalah seperti “pakaian yang dianggap tidak sesuai” atau “tingkah laku tertentu yang tidak sepatutnya diamalkan oleh cosplayer.”

Hakken menjawab:

“Saya tidak akan kata saya menetapkan had untuk diri sendiri”. Jika sesuatu tidak sesuai semasa menyediakan cosplay, saya akan melepaskan projek itu atau mencari cara lain untuk mendekatinya”.

Secara ringkas, tiada peraturan atau had yang ditetapkan tentang cara seseorang melakukan cosplay namun jika ada sesuatu yang tidak sesuai atau membuatkan anda tidak selesa, tidak ada salahnya untuk melihat ke arah atau perspektif yang berbeza.

呪術廻戦ー夏油傑
Jujutsu Kaisen | Geto Suguru

First take on second year Geto✨
📸TARO pic.twitter.com/JsmSgJ1RPd

— Hakken 八犬 (@HakkenRyou) December 21, 2020

Projek akan datang

Pengakhiran PKP menyaksikan orang ramai meninggalkan rumah untuk fokus dalam kerja atau projek baharu dan Hakken pun tidak terkecuali. Dia memberitahu kami bahawa dia mempunyai beberapa projek cosplay akan datang, di mana kebanyakannya melibatkan ke luar negara.

“Saya akan mengembara lebih banyak untuk sesi penggambaran dan juga bertemu peminat saya. Pastinya ada banyak rancangan menarik akan datang”.

Hakken telah melakukan beberapa penggambaran cosplay di luar Malaysia. Salah satu yang paling terkenal ialah sesi fotonya sebagai Bruno Bucciarati daripada Jojo’s Bizzare Adventure, yang diambil di negara asal watak itu iaitu Itali.

Rest well…
Bruno Bucciarati

—————#JOJOsBizzareAdventure #VentoAureo #黃金之風

Cosplay by Hakken八犬
Photographer | Meow McShutter
First photo edit by | TARO pic.twitter.com/BtBJdWm7hP

— Hakken 八犬 (@HakkenRyou) July 6, 2019

Nasihat untuk mereka yang mahu jadi Cosplayer

Untuk soalan terakhir bagi interview ini, kami meminta Hakken untuk memberi nasihat kepada mereka yang mahu menceburi cosplay, dan apa yang mereka perlu bersiap sedia, terutamanya dari segi kewangan.

Cosplay sebenarnya adalah hobi yang mahal, jadi nasihat daripada seorang cosplayer berpengalaman tentang unsur belanjawan dan memilih bahan solek pasti bagus. Walaupun nasihatnya pendek, nasihat Hakken tetap berharga:

“Saya rasa kebanyakan orang akan tahu untuk melakukan apa mengikut kemampuan kewangan mereka, tetapi saya juga melihat orang yang bergelut [dengan masalah ini]. Jika saya perlu memberi nasihat, kehidupan dan kesihatan anda perlu diutamakan sebelum cosplay”.

  • Cosplay sebagai Loid Forger
  • Cosplay sebagai Zhongli

Terima kasih kepada Hakken kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kami. Cosplay adalah hobi yang mencabar tetapi menawarkan pengalaman yang unik. Dengan cosplay, kita dapat menghidupkan watak kegemaran dan menyatukan peminat ACG di seluruh dunia.

Di sini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Hakken dalam projek akan datang. Jika berminat, jangan lupa untuk mengikuti Hakken di media sosial termasuk Twitter dan Instagram bagi perkembangan terkini.

Tags: cosplayCosplayerHakkenMalaysia
Previous Post

Epic Games Berikan Dishonored Dan Game Buatan Malaysia, Eximius Percuma Untuk Minggu Ini!

Next Post

Violent Night Review — Santa Claus Ganas Datang Membantu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Violent Night Review — Santa Claus Ganas Datang Membantu!

Violent Night Review -- Santa Claus Ganas Datang Membantu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd