Baru-baru ini, filem seram Insidious telah melepaskan trailer terbaru untuk entri terbaru francais. Bukan setakat itu sahaja, tajuk rasmi filem turut didedahkan iaitu “Insidious: The Red Door.” Anda boleh tonton trailer baru tersebut di bawah:
Kalau anda ingin tahu, ini merupakan filem kelima untuk francais Insidious dan juga bab terakhir saga menakutkan keluarga Lambert. Langkau 10 tahun selepas kejadian dalam Insidious 2, untuk menghentikan segala perkara hitam ini, Josh dan Dalton yang kini sudah menjadi pelajar kolej mesti pergi lebih dalam The Further dan menghadapi masa lalu keluarga mereka yang kelam. Tetapi kali ini pelbagai keganasan baru di sebalik pintu merah telah tiba malah lebih mengerikan berbanding sebelum ini.
Pelakon asal dari Insidious kembali dengan Patrick Wilson, Ty Simpkins, Rose Byrne, dan Andrew Astor. Turut dibintangi oleh Sinclair Daniel dan Hiam Abbass. Dihasilkan oleh Jason Blum, Oren Peli, James Wan dan Leigh Whannell. Lakon layar ini ditulis oleh Scott Teems daripada cerita oleh Leigh Whannell, berdasarkan watak yang dicipta oleh Leigh Whannell.
Insidious: The Red Door dijadualkan untuk tayangan pada 6 Julai 2023. Agaknya apalah yang menanti keluarga ini nanti? Tidak sabar untuk menontonnya apabila ia hadir ke pawagam Julai ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post