Square Enix berkongsi banyak maklumat baru tentang Final Fantasy XVI, entri terbaru dalam francais panjang ini yang membuat kemunculannya semasa acara Sony PlayStation 5 baru-baru ini. Kami kini mempunyai pelbagai info baru tentang watak-watak yang akan anda mainkan dan temui sepanjang permainan serta beberapa seni reka watak yang bergaya berkat laman web rasmi. Secara khususnya, laman web ini telah mendedahkan gambaran yang lebih mendalam tentang Clive Rosfield, Joshua Rosfield, dan Jill Warrick termasuk penerangan lengkap untuk watak masing-masing, di mana anda boleh semak semuanya di bawah.
Kita akan bermula dengan Clive, yang merupakan protagonis utama permainan dan anak sulung kepada Archduke of Rosaria. Dia menjadi Shield of Rosaria yang pertama, dan ditugaskan untuk menjaga adiknya, Joshua, tetapi akhirnya akan mati di tangan Ifrit. Anda boleh melihat potrait dan sinopsis lengkapnya di bawah.
Clive Rosfield
Merupakan anak sulung kepada Archduke of Rosaria. Walaupun semua mengharapkan dia untuk mewarisi api Phoenix dan dibangkitkan sebagai Dominant, takdir memilih adiknya, Joshua, untuk menanggung tanggungjawab ini. Demi mencari tujuan sendiri, Clive mendedikasikan dirinya untuk menguasai seni pedang. Latihannya membuahkan hasil ketika, pada usia 15 tahun, dia memenangi pertandingan ducal dan digelar sebagai First Shield of Rosaria yang tugasnya adalah untuk menjaga Phoenix dan diberkati dengan abiliti untuk memegang sebahagian daripada api Phoenix. Sayangnya, karier Clive akan berakhir dengan tragedi di tangan Ifrit, seorang Eikon misteri, lantas Clive memulakan pengembaraan yang berbahaya untuk membalas dendam.
Seterusnya, kita mempunyai adiknya, Joshua, yang bangkit sebagai Dominant of the Phoenix, peranan yang ramai dijangka diberi kepada Clive.
Joshua Rosfield
Anak kedua kepada Archduke of Rosaria dan adik Clive yang muda lebih lima tahun, Joshua bangkit sebagai Dominant of the Phoenix tidak lama selepas kelahirannya. Walaupun didikannya bersifat diraja, Joshua melayan semua subjek ayahnya dengan mesra dan kasih sayang — sama seperti Clive, yang sangat dia kagumi. Joshua sering meratapi dalam kesedihan bahawa dia, seorang yang lemah, yang diberi kuasa kepada api Phoenix, dan bukan abangnya yang lebih berani. Walaupun Clive dengan senang hati dapat membahayakan dirinya sendiri, Joshua sendiri takut melihat lobak di pinggannya. Tidak lama lagi, dia juga akan ditarik ke dalam peristiwa tragis yang mengubah hidup Clive selamanya.
Akhirnya, kami mempunyai Jill Warrick, yang cukup rapat dengan Clive dan Joshua dan boleh dianggap sebagai keluarga walaupun tiada pertalian darah.
Jill Warrick
Dilahirkan di Northern Territories yang musnah, Jill diambil daripada tanah kelahirannya pada usia yang muda untuk menjadi Ward of Rosaria, bagi menjaminkan keamanan antara kedua-dua negara yang berperang. Archduke menegaskan bahawa Jill harus dibesarkan bersama anak-anaknya, dan sekarang, pada usia 12 tahun, dia adalah sebahagian daripada keluarga Rosfield seperti Clive dan Joshua. Sentiasa baik, ramah, dan rendah diri, Jill telah menjadi orang yang dipercayai kepada adik-beradiknya.
Inilah sinopsis rasmi untuk Final Fantasy XVI:
FINAL FANTASY XVI membawa pemain ke dunia di mana Eikon adalah makhluk kuat dan bahaya yang tinggal di dalam Dominant – seorang lelaki atau wanita yang diberkati dengan kemampuan untuk menyeru kekuatan yang ditakuti. Ceritanya mengikuti Clive Rosfield, seorang lelaki muda yang berdedikasi untuk menguasai seni pertempuran pisau, dan digelar sebagai First Shield of Rosaria serta ditugaskan untuk menjaga adiknya Joshua – yang merupakan Dominant of the Phoenix. Malangnya, peristiwa yang tidak dijangka telah memaksa Clive di jalan yang gelap dan berbahaya demi membalas dendam.
Sumber – Final Fantasy XVI
@gamersantaimy
Discussion about this post