Dengan Rise of the Ronin kini tersedia di PS5, mesti ramai yang masih ingin tahu perbezaan game tersebut dengan game terdahulu oleh Team Ninja, lebih-lebih lagi dengan dunia terbuka yang dipaparkan. Kami pasti ramai yang menjangkakan game ini mempunyai gameplay soulslike dengan combat mencabar, dan walaupun game ini masih direka dalam gaya yang sama dengan siri Nioh dan Wo Long: Fallen Dynasty, game ini sebenarnya lebih mudah diakses oleh pemain baru berbanding game Team Ninja terdahulu.
Walaupun begitu, anda masih lagi dipersembahkan dengan banyak musuh mencabar dan bergantung kepada cara anda menyiapkan diri anda untuk perjalanan dalam game, tidak kiralah terus bermain atau melihat tips, pengalaman anda sememangnya berbeza.
Jadi buat anda yang ingin membuat persiapan yang baik sebelum memulakan perjalanan hebat semasa era Bakumatsu di Yokohama, kami mempunyai beberapa tip dan cara yang anda boleh gunakan, yang pastinya membantu anda semasa perjalanan.
Tahap kesukaran
Ramai pemain yang tertanya-tanya betapa mencabarnya game Rise of the Ronin. Sejujurnya, game ini agak sukar pada awalnya.
Walaupun begitu, kalau anda mainkan pada tahap kesukaran yang paling tinggi, game ini masih lagi boleh dimainkan oleh pemain baru berbanding game Team Ninja sebelumnya. Anda juga boleh menukar tahap kesukaran pada bila-bila masa melalui menu pause. Sudah tentu tiada masalah untuk anda mainkan tahap kesukaran yang tinggi untuk menguji kemampuan anda.
Salah satu sebab mengapa Rise of the Ronin lebih mudah diakses adalah tetapannya yang lebih benar, di mana ia mengikut sejarah dunia sebenar dan anda menentang musuh manusia dengan pelbagai gaya bertarung dan senjata. Ini sahaja sudah berbeza dengan game Team Ninja terdahulu yang menggabungkan elemen fantasi dan mitologi kepada sejarah dan memaparkan raksasa hebat dengan gerakan brutal yang sememangnya sukar untuk dijangka.
Mekanik untuk memulihkan stamina juga agak berbeza dengan hadirkan Blade Flash, yang hampir serupa seperti Ki Pulse dalam Nioh. Walaupun begitu, Blade Flash tidak memerlukan masa yang tepat, membolehkan penggunaannya lebih mudah apabila anda melancarkan serangan berturut-turut.
Pemilihan Blade Sharpening Origin
Dengan pemilihan Blade Sharpening Origin yang betul, anda pasti dapat merasa satu penglaman yang seronok. Blade Sharpening Origin seakan-akan kelas yang membolehkan anda untuk mendapat akses kepada beberapa kebolehan dan senjata untuk mulakan pengembaraan anda.
Dalam banyak-banyak pilihan yang tersedia, kami syorkan anda untuk bermain sebagai Killer kerana kelas itu memberi anda tiga cadangan senjata yang lebih sesuai untuk mempelajari game semasa anda bermain buat kali pertama. Kelas ini menawarkan kebolehan tambahan istimewa yang membolehkan anda untuk menepis peluru dan anak panah dengan mekanik parry game yang dikenali sebagai Counterspark.
Kalau anda berani, boleh mulakan game dengan stat yang paling lemah tanpa sebarang kelebihan melalui Unsharpened. Untuk kebanyakan game soulslike, kelas seperti ini selalunya digunakan oleh pemain yang ingin menguji kemahiran mereka dengan stat permulaan yang paling seimbang, jadi anda boleh beralih kepada gaya bermain yang berbeza. Memandangkan Rise of the Ronin lebih mudah diakses kali ini, pilihan Origin boleh menjadi pilihan terbaik untuk membuatkan game rasa lebih mencabar.
Menguasai Combat Style
Rise of the Ronin mempunyai pilihan Combat Style yang anda boleh buka sambil anda progress dan membenarkan anda untuk menukarnya semasa battle begitu sahaja. Setiap gaya mempunyai kelebihan dan kekurangannya terhadap jenis musuh tertentu. Jadi sangat penting untuk menukar Style dan senjata berbeza yang berkait dengannya.
Mumryo-ryu adalah Syle yang anda boleh akses dan mahiri, ia juga pilihan yang paling fleksibel dengan pelbagai senjata yang tersedia untuk digunakan. Semakin anda progress jauh dalam game, anda akan bertemu dengan varian musuh yang memerlukan anda untuk mengubah strategi dengan Combat Style mengikut situasi.
Gunakan Blade Flash
Sistem stamina atau Ki, disokong oleh mekanik Blade Flash, satu aksi yang memulihkan stamina dengan mengayunkan senjata anda ke tanah untuk menghilangkan darah. Sistem ini agak sama dengan Ki Pulse daripada siri Nioh, yang agak mencabar untuk dikuasai sepenuhnya kerana fokusnya terhadap masa yang tepat. Nasib baik Blade Flash lebih mudah untuk dilakukan kerana ia terus dicetuskan apabila melancarkan serangan tanpa memerlukan perhatian pada masa. Jumlah stamina yang anda pulihkan bergantung pada berapa banyak darah pada senjata anda, ini juga ditunjukkan melalui gauge di bawah ikon senjata.
Kegunaan Grappling Rope
Bukan untuk penerokaan sahaja, Grappling Rope juga sangat berguna dalam mana-mana situasi combat. Dengan alat ini, anda boleh menarik musuh ke arah anda untuk mendedahkan pertahanan mereka untuk seketika. Anda juga boleh menggunakannya untuk merapatkan jarak dengan musuh yang jauh, seperti pemanah yang berada pada atap dan agak sukar untuk dicapai secara manual. Selain itu, alat ini boleh digunakan untuk membunuh musuh dengan menarik mereka dari atas, jadi anda boleh menyembunyikan badan mereka daripada musuh yang mungkin meronda kawasan bawah.
Walaupun mempunyai banyak kegunaan, anda tidak boleh bergantung padanya selalu. Sebagai contoh, musuh yang lebih kuat seperti Leader mempunyai pertahanan kukuh yang susah untuk dihancurkan dan mereka boleh parry percubaan anda sepenuhnya. Sudah tentu ini hanya berlaku jika anda terlibat dalam pertempuran berhadapan, kerana musuh yang kuat masih boleh dibunuh tetapi mereka tidak akan mudah untuk ditumpaskan dan hanya hilang sebahagian daripada HP mereka.
Naikkan Karma anda
Dengan menaikkan level watak, anda akan mendapat Skill Point untuk membuka kebolehan tetapi game itu sendiri mempunyai Rare Skill Point yang berkait dengan stat utama seperti Strength, Dexterity, Charm dan Intellect. Khusus untuk Rare Skill Point, anda boleh dapatkannya dengan menaikkan bond di setiap kawasan, anda boleh mengumpul Karma untuk ditukarkan kepada Skill Point dengan berhenti di salah satu sepanduk Veiled Edge di setiap kawasan. Cara lain untuk anda mendapatkan Rare Skill Point adalah dengan menggunakan item khas yang boleh diperolehi daripada banyak tempat dan ganjaran misi.
Gunakan Loadout sepenuhnya
Mengikut tradisi game soulslike Team Ninja, Rise of the Ronin memberikan ganjaran berbentuk senjata dan perisai. Bezanya kali ini, element RPG dipermudahkan seperti sistem berat dihapuskan. Buat anda yang tidak biasa dengan sistem tersebut, sistem ini mengehad berat yang boleh ditampung oleh watak menggunakan kombinasi peralatan terpilih dan jika terlebih, pergerakan watak semakin lambat dan mobiliti mereka pun hilang. Dengan Ronin, anda tidak perlu risau mengenai sistem ini kerana watak anda boleh gunakan mana-mana kombinasi peralatan tanpa sebarang had pada berat.
Jenis peralatan adalah penting
Sembang tentang peralatan, game ini mempunyai lima tier iaitu Standard, Superior, Excellent, Exquisite dan Masterwork. Peralatan dengan tier lebih tinggi selalunya mempunyai pasif istimewa, kesan bonus yang anda mungkin boleh utamakan, walaupun stat utama mereka seperti Attack atau Defense lebih rendah berbanding peralatan lain yang anda ada. Jika anda sukar untuk memilih peralatan yang mempunyai bonus tertentu, jadi anda kena membandingkannya dan memutuskan peralatan mana yang lebih sesuai dengan gaya bermain anda.
Technology Development
Anda boleh membuka lebih banyak slot Armor untuk aksesori serta mendapat akses kepada upgrade berguna melalui Technology Development. Akses kepada fasiliti itu sendiri diberikan oleh Igashichi Iizuka, yang merupakan salah satu sekutu paling penting untuk bond kerana akses kepada ganjaran dan kemudahan yang dia sediakan.
Untuk membuka upgrade Technology Development, anda perlu mengumpul Foreign Book, yang ada di seluruh dunia game atau boleh mendapatkannya melalui misi sampingan.
Selesaikan aktiviti
Dengan menyelesaikan pelbagai aktiviti sampingan dalam dunia game sejak awal pengembaraan boleh menjadi pengalaman yang berbaloi. Bukan sahaja anda boleh mendapatkan ganjaran yang banyak, malah anda juga boleh mengumpul Skill Point terutamanya ada yang memerlukan cara tertentu seperti meningkatkan Karma anda.
Melengkapkan region pada peta tidak memakan masa yang lalu kerana reka bentuk dunia terbukanya yang mantap. Pembangun telah memastikan pemain tidak keliru dengan ikon yang banyak pada peta, yang mungkin tidak berbaloi untuk dilakukan. Pada pendapat kami, Ronin memberikan pengalaman yang berbaloi berbanding kebanyakan game dunia terbuka lain.
Kucing di sana-sini
Mungkin ini agak pelik tetapi game ini membolehkan anda untuk mengumpul kucing malah memberi faedah kepada pemain. Salah satu daripadanya adalah perniagaan Cat Concierge yang anda boleh akses selepas progress jauh dalam game. Anda boleh menyewakan kucing berdasarkan berapa banyak yang anda kutip. Lebih banyak kucing anda sewakan, lebih banyak ganjaran yang anda boleh kumpul.
Kucing dalam game ini juga berkait rapat dengan Usugumo Dayu, salah seorang Geisha di Pleasure District yang juga memberi anda akses kepada item baru untuk dibeli bergantung pada jumlah kucing yang anda ada. Sebagai tambahan, setiap kucing yang anda berjaya kutip akan menaikkan Bond dan Favor anda bersama Dayu, yang sangat membantu jika anda ingin membina hubungan yang lebih intim bersamanya.
Harap-harap panduan kami ini berguna buat anda yang ingin mulakan pengembaraan di Rise of the Ronin. Game tersebut sudah tersedia di PlayStation 5.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenainya daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post