Masih ingat kegilaan bermain Si Cacing yang suka membunuh ni? Kami pun masih ingat sampai lah zaman-zaman kolej dulu obses dengan permainannya pada tahun 2008-2010~ terutama Worms 3D~ Okay-okay, tanpa lengah masa lagi, Team 17 telah mengumumkan Si Cacing akan kembali lagi dengan permainan terbaru WORMS pada tahun ini!
Kali terakhir permainan video Worms W.M.D hadir pada tahun 2016 untuk platform PC, Konsol dan Nintendo Switch. Akhirnya selepas 4 tahun berlalu, Team 17 mengongsikan Teaser terbaru mereka
INCOMING!
Get ready for Worms like you’ve never played before!
Things are getting real in 2020 – more details coming soon… pic.twitter.com/pgzXhUmFiX
— Worms (@WormsTeam17) March 9, 2020
Trailer teaser terbaru ini pada mulanya menunjuk gameplay klasik permainan Worms dan berakhir dengan Worms yang tiba-tiba muncul dan pecahkan TV yang flasback balik gameplay klasik tadi. Team 17 menyatakan dalam Twitter mereka sendiri;
Capai Bazooka anda dan lompat ke Kambing biri-biri anda~ Worms akan kembali tahun 2020 seperti anda tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Worms Baru, Cara Baru untuk dimainkan~
-Team17
Adakah itu bermakna gameplay akan berubah? Dan itu juga menjadi tanda tanya sama ada ianya akan menggunakan platform 2D atau 3D! Jika 3D mesti menjadi lebih gempak lah!
Worms pada asalnya dilancarkan pada tahun 1995, kebanyakkanya hadir untuk platform PC dan kemudian dibaw ke Konsol. Beberapa kali juga spin-off Worms telah dilancarkan dan banyak juga permainan yang meniru konsep Worms ni! Seperti disebutkan diatas, Worms terakhir yang hadir adalah 4 tahun lalu iaitu Worms W.M.D.
Memang seronok kalau sesiapa yang pernah main Worms ni, ketika Worms Armageddon, permainan ini telah menampilkan kereta tank dan pelbagai item landskap yang lain seperti ‘buildings worms’ yang boleh merangkak ke kawasan selamat. Sekelip mata rasanya dah 25 tahun Worms menjadi kenangan kita semua, jadi kalau dah keluar yang baru ni korang yang dah ada anak jangan lupa bagi diorang pulak yang cuba!
It’s been 25 years and some players still don’t know the Homing Missile works underwater! pic.twitter.com/DVkYQoa7mN
— Worms (@WormsTeam17) March 4, 2020
Setakat itu perkongsian kami, tapi jika ada lagi sebarang berita dari Team17 kami akan terus kongsikannya kepada anda okay! Lepas ni kita perang puas-puas dengan bazooka, grenade, pistol laser apa jua lah dengan Worms terbaru!
Sumber: PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post