Semasa livestream Honkai: Star Rail versi 1.2, diumumkan bahawa terdapat acara kolaborasi yang dipanggil “Cosmic Refreshment Supply” di beberapa negara terpilih. Pemain Honkai: Star Rail di Malaysia nampaknya bertuah kerana acara ini juga akan diadakan di Malaysia dengan kolaborasi bersama KOI Thé Malaysia! Jom kami kongsikan info penuh untuk acara ini!
Acara Honkai: Star Rail X KOI Cosmic Refreshment Supply akan berlangsung bermula 19 Julai sehingga 30 Julai 2023 di Malaysia. Minuman yang akan tersedia nanti akan bertemakan Honkai: Star Rail malah pemain yang membelinya akan mendapat ganjaran khas dalam game. Berikut adalah item yang anda boleh dapatkan dengan setiap pembelian Cosmic Refreshment Supply ini:
- Cup Sleeve
- Sticker
- Coaster (pembelian 2 atau lebih minuman)
- In-game redemption card
Melihat daripada imej yang dikongsi melalui Twitter rasmi game, semua item tersebut akan memaparkan dua watak 5 star baharu dalam update versi 1.2 game iaitu Blade dan Kafka. Anda yang berminat untuk mendapatkan item khas ini, cepat-cepat pergi ke KOI Thé Malaysia pada tarikh tersebut sebelum stok habis.
Beberapa kedai KOI Thé Malaysia juga akan mempunyai hiasan bertemakan Honkai: Star Rail. Kalau anda ingin melawatnya nanti, boleh pergi ke lokasi seperti berikut:
- Aeon Bukit Tinggi: G-35, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang
- Ansa & Pavilion KL : Lot 1.59.00, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Kota Damansara : 13-1, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
- Queensbay Mall Penang: Unit no.1F-P5, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas
- Aeon Tebrau Mall: Lot GK08, Aeon Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Anda juga berpeluang untuk bertemu Stellaron Hunter di kedai-kedai tersebut kalau anda bernasib baik! Bolehlah ambil gambar bersama mereka nanti. Untuk mendapatkan berita menarik mengenai Honkai daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post