Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Info baru “Alone in the Dark Remake” akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2023
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Info baru “Alone in the Dark Remake” akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut info daripada penerbit THQ Nordic dan pemaju Pieces Interactive, mereka akan menganjurkan acara “Alone in the Dark Spotlight” pada 26 Mei, jam 8:00 AM GMT+8. Siaran khas ini adalah untuk menerangkan lebih lanjut tentang game seram remake “Alone in the Dark”, sambil menjawab pertanyaan peminat. Siaran ini boleh ditonton di YouTube dan Twitch.

Adakah kita akan dapat tarikh keluaran rasmi? Nantikan acara ini pada hari jumaat nanti!

Kisah Alone in the Dark remake?

Kredit: THQ Nordic

Remake ini asalnya diumumkan pada Ogos tahun lepas dan adalah berdasarkan game survival horror klasik Alone In The Dark yang dikeluarkan pada 1992. Versi original diakui secara meluas sebagai pelopor kepada genre “survival horror” dan sering dikreditkan sebagai pencipta kepada genre tersebut.

Versi remake akan berlangsung pada tahun 1920-an di selatan Amerika Syarikat dan memberi penghormatan kepada judul klasik di mana kita akan melawan raksasa dan menyelesaikan teka-teki untuk membongkarkan kebenaran. Sama seperti Resident Evil 2, anda akan bermain sebagai dua watak, Edward Carnby dan Emily Hardwood, yang kedua-duanya mempunyai kempen yang saling berkait.

Kredit: THQ Nordic

Ciri-ciri utama:

  • Terokai rumah agam Derceto dalam remake Alone in the Dark ini, surat cinta kepada game klasik seram 90-an.
  • Kembali ke asas seram psikologi dan alami pengembaraan atmosfera yang sesuai dengan game yang mengasaskan genre itu.
  • Asyikkan diri anda dalam dunia yang dikelilingi oleh bunyi menakutkan dengan latar belakang jazz.
  • Rasakan adrenalin semasa anda bermati-matian mencuba untuk bertahan hidup dalam dunia di mana realiti mula runtuh, kejahatan mengintai daripada bayang-bayang, dan peluru adalah terhad.
  • Alami mimpi ngeri ini dari perspektif Emily Hartwood atau Edward Carnby dan terokai rahsia gelap rumah agam Gothic.
  • Lalui kisah psikologi kompleks yang ditulis oleh penulis skrip Mikael Hedberg, pengarang SOMA dan Amnesia.
Kredit: THQ Nordic

Tarikh pelancaran rasmi bagi Alone In The Dark Remake tidak didedahkan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu game ini akan dilancarkan di PS5, Xbox Series, dan PC. Untuk baca segala berita kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Tags: acaraAlone In The DarkSeram
ShareTweetSend
Previous Post

Strategi perang Total War: PHARAOH akan tiba di PC pada Oktober 2023!

Next Post

Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd