Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Bawa Acara XFans Road Tour 2024 Di Semenanjung Malaysia! Berlangsung Pada April & Jun Ini!

Maira by Maira
April 22, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Infinix Bawa Acara XFans Road Tour 2024 Di Semenanjung Malaysia! Berlangsung Pada April & Jun Ini!

Sumber: Infinix

Share on FacebookShare on Twitter

Infinix telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara XFans Road Tour di Semenanjung Malaysia! Insiatif ini merupakan komitmen Infinix untuk menghargai serta berhubung dengan komuniti XFans, termasuklah dengan pelancaran NOTE 40 Series baru-baru ini.

XFans Road Tour pertama akan berlangsung pada 17 Jun 2024 di Lazy Monday Cafe, Johor Bahru dan acara kedua akan diadakan pada 1 Jun 2024 di LalaLand Cafe Ipoh, Perak bermula jam 9:30 pagi sehingga 6:30 petang.

Sumber: Infinix

“Kami sangat teruja untuk menganjurkan Infinix Road Tour khas untuk komuniti Xfans yang kami sayangi. Inisiatif ini mewakili lebih daripada sekadar perhimpunan, ia adalah perayaan semangat dan dedikasi Xfans. Bersama-sama dalam perjalanan ini, kami memperbaharui dedikasi teguh kami untuk memupuk komuniti esport di Malaysia,” kata Abia Wang, Pengarah Serantau Infinix.

XFans Road Tour menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat pengunjung di seluruh Malaysia dengan memaparkan pelbagai aktiviti dan ganjaran. Daripada menyertai pelbagai booth seperti Mystery Box dan Illusion Box untuk menangi merchandise Infinix. Bukan setakat itu sahaja, lebih daripada 400 hadiah yang bernilai sehingga RM 20,000 untuk didapatkan. Hadiah yang tersedia termasuklah Infinix SMART 8 Pro, HOT 20 dan XE 22 True Wireless Earphone yang terbaru.

Sumber: Infinix

Pengunjung juga boleh ke Experience Zone untuk mencuba NOTE 40 Series. Selain itu, komuniti juga boleh menonton Homebois MPL Watch Party dan sneak peek eksklusif untuk siri Infinix baharu!

Buat pemain Mobile Legends Bang Bang (MLBB), anda boleh sertai kejohanan, di mana 16 pasukan terpilih daripada setiap lokasi akan bertanding dengan hadiah terkumpul sebanyak RM 1,200 dan pingat untuk dimenangi serta saguhati seperti tote bag, lanyard, sticker dan banyak lagi.

Sumber: Infinix

Penyertaan telah dibuka untuk anda daftarkan pasukan anda. Ikuti langkah di bawah untuk sertai kejohanan MLBB ini.

  1. Ikuti Infinix Malaysia di Facebook
  2. Like, share dan komen “Game on! [masukkan lokasi anda]” dan tag rakan pasukan anda pada post.
  3. Isi Google Form untuk lengkapkan pendaftaran.
  4. Pasukan terpilih akan dihubungi secara peribadi.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai produk Infinix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: InfinixXfans Road Tour 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Akan Lancar Tanpa Sebarang Censored Di Semua Negara!

Next Post

SEGA Bawakan Barisan Merch Baharu Untuk Sonic the Hedgehog! Tempah Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
SEGA Bawakan Barisan Merch Baharu Untuk Sonic the Hedgehog! Tempah Sekarang!

SEGA Bawakan Barisan Merch Baharu Untuk Sonic the Hedgehog! Tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd