Seperti yang kita tahu, ada beberapa permainan yang kita main, atau ketika kita buka Youtube, baru nak main game je kat telefon tu mulalah ada iklan game terbaru~dapatkan diplaystore~ di sana sini. Yang menarik ramai mata, apabila iklan-iklan ini menggunakan taktik mereka dengan video yang menarik seperti anda boleh menukar gambar watak yang sangat cantik, atau gameplay berbeza dari yang asal, atau menjadi Bos gengster dan banyak lagi lah!
Okay lah, bukan nak kata salah pun iklan-iklan itu semua, biasalah teknik pemaju menggunakan konsep seperti ini untuk mendapat manfaat dengan cepat. Tapi yang buat sakit hati, bila orang tertarik dengan iklan-iklan tersebut, kesemuanya hanya indah khabar dari rupa. Dah muat turun, gameplay kebanyakkan nya tidak memuaskan hati lansung. Tetapi ada juga yang jalan pemainan agak menarik, cuma kualiti tidak seperti yang dijangkakan.
Jadi agak anda semua dah tahu tak permainan mana yang dimaksudkan itu? Okaylah, ini adalah beberapa permainan yang akan kami kongsikan sedikit harini agar lepas ini anda tidak lah senang-senang terpengaruh dengan iklan-iklan permainan yang mengaburi mata ni lagi okay!
Game of Sultans
Sumber Video: Orange9098
Ha yang ni selalu nampak iklanya kan? Yang agak aneh, di mana semua gundik Sultan menjadi hamil tiba-tiba dan poof adalah baby! Okay kita lihat sendiri ciri-ciri yang ada;
Ciri-ciri utama:
– Menjadi Sultan – Pengalaman empayar dengan arahan anda!
– Kumpulkan harem anda – Ratu yang cantik dan berpengaruh!
– Merekrut panglima perang – Membina sebuah dewan syaitan ahli sejarah!
– Meningkatkan keluarga – Membesarkan anak dengan penuh kasih sayang
– Sertai PvP – Hantarkan tentera anda dan berperang dengan pemain lain di seluruh dunia!
– Bergabung – Buat kawan dan musuh, ikut perjuangan yang terbaik!
– Kopi Turki – Minum, sembang, kemudian dengarkan sebagai penilik nasib mencadangkan setiap cawan!
Okay kita beralih dengan gameplaynya.
Sumber: i3Stars
Emperor and Beauties
Dan sebuah lagi permainan yang sama konsepnya seperti Game of Sultan, dan watak-wataknya lebih seksi dan menarik ialah Emperor and Beauties. Sembang pasal ciri-ciri semua hampir sama dengan Game of Sultan. Tetatpi dengan menggunakan watak-watak wanita yang menggoda, jangan tanya kenapa ramai yang tergoda memuat turunya.
Sumber: SehatDanKuat
Mafia City
Yang mana pemain yang sukakan permainan ala-ala GTA mesti macam tergoda dengan iklan permainan ini. Sebab kesemua iklanya walaupun nampak mudah tapi plotnya menarik ramai mata untuk memuat turunnya. Anda akan lihat dalam iklan, peluang anda menjadi Mafia dari level 1 hingga lah 100! Memang menarik, dan jom lihat iklan nya disini;
Sumber: Avveroes
Apa kata kita lihat gameplaynya pula;
Sumber: DroidGameplaysTV
Yang sebenarnya permainan ini menyajikan permainan seperti Pangkalan Bangunan dan Pengurusan, di mana anda akan membina kemudahan mafia dan melatih orang untuk menjadi gangster yang boleh dipercayai. Seronok juga sebernarnya, tetapi permainan menjadi senang sikit lah dari yang diharapkan.
Lords Mobile
Sebenarnya ada beberapa iklan permainan ala-ala Lords Mobile serbegini. Tetapi tidak lah teruk mana dan permainanya ternyata masih menyeronokkan. Menggunakan konsep ala-ala Clash of Clans dan Rise of Kingdom, iklan nya hanya mengfokuskan lebih dekat dari permainan asal, dan orang menggap sebelum memuat turunya lebih kepada konsep open world. Okay jom lihat perbezaan iklan dan gameplaynya disini;
Sumber: i3Stars
Banyak lagi sebenarnya iklan-iklan serbegini kalau anda perasan. Tetapi tidak salah pun kalau ada peminat yang suka memainkanya. Lain orang lain cita rasa betul tak? Tidak salah pun untuk mencuba, seperti Lords Mobile, walaupun iklanya agak lain, tetapi permainanya masih menarik. Pakcik GardenScape pun selalu sangat muncul betul tak? Tetapi ramai yang meminatinya kan? Lepas stress main permainan macam ni lepas kalah COD Mobile dengan PUBG Mobile apa ada hal!
Okay untuk kesemua permainan ini, anda boleh terus je ke Google Play Store untuk memuat turunnya okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post