Immortals Fenyx Rising bertemu geng Adventure Time dalam trailer baru!

Dijadualkan untuk keluar pada awal bulan depan, Immortals Fenyx Rising adalah permainan terbaru daripada barisan francais Ubisoft. Berlangsung di Golden Isle, pemain akan mengawal Fenyx ketika mereka bertarung dengan pelbagai binatang dan raksasa mitos dalam usaha untuk menyelamatkan dewa-dewa Olympus.

Seperti yang dijangkakan oleh Ubisoft, pemasaran untuk Immortals Fenyx Rising sangat luas, di mana permainan tersebut menerima “airtime” yang lama semasa acara Ubisoft Forward pada bulan September lalu. Antara berita yang paling mengejutkan sekarang ialah iklan terbaru untuk permainan kini memfokuskan pada crossover yang tidak dijangka, kerana watak utama Adventure Time, iaitu Finn dan Jake, sedang menjelajah Golden Isle.

Promo ini hanya berdurasi satu minit lebih dan peminat dapat melihat Finn dan Jake sesat di dunia fantasi Immortals Fenyx Rising. Seluruh treler dianimasikan dalam gaya Adventure Time, yang menunjukkan beberapa mercu tanda utama daripada permainan di latar belakang ketika Finn dan Jake meneruskan pengembaraan. Akhirnya, mereka menemui Cerberus yang berkepala tiga, tetapi telah tewas melawan raksasa tersebut. Ketika Cerberus hampir membunuh pasangan ini, mereka diselamatkan oleh Fenyx, yang terbang untuk menyelamatkan mereka dan dengan cepat mengalahkan Cerberus.

Ini sebenarnya bukan kali pertama Adventure Time muncul dalam sesebuah francais permainan video terkenal. Satu episod telah didedikasikan untuk Minecraft pada tahun 2018, dan menyaksikan Finn, Jake, Princess Bubblegum, Marceline, dan lain-lain memasuki dunia Minecraft, membina rumah, dan mengumpulkan berlian.

Kita tidak perlu tunggu lama lagi untuk keluaran Immortals: Fenyx Rising, yang akan dilancarkan pada bulan depan. Dengan “open-world” yang besar, pelbagai jenis raksasa untuk bertarung, banyak peningkatan untuk dikumpul, dan persekitaran yang seronok untuk teroka, Immortals Fenyx Rising akan tersedia pada 3 Disember di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Switch, Xbox One, dan Xbox Series X.

Immortals Fenyx Rising
Developer: Ubisoft
Release Date: 2020-12-03
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Immortals Fenyx Rising, pemain akan menjadi Fenyx, demigod bersayap yang sedang berusaha menyelamatkan dewa-dewa Yunani di mana Fenyx dapat menggunakan kekuatan dewa seperti pedang Achilles dan sayap Daidalos untuk melawan musuh dan menyelesaikan teka-teki. Makhluk mitologi ikonik termasuk Cyclops dan Medusa akan cuba menghalang perjalanan, jadi anda harus menghadapi mereka dalam pertempuran sengit di darat atau udara. Fenyx juga mempunyai akses kepada anak panah yang dipandu sendiri, telekinesis, dan banyak lagi. Semuanya akan membantu dalam pengembaraan dunia terbuka di tujuh wilayah unik, masing-masing diilhami oleh para dewa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.