Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar di Battle Arena, akan diadakan pada hari Ahad, 26 Mei ini bertempat di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya. Ini adalah program kali kedua yang dianjurkan Battle Arena Malaysia, selepas kali pertamanya pada tahun lepas mendapat sambutan baik dalam kalangan gamers.
Seperti tahun lepas, sesi gaming adalah percuma dari pukul 3 hingga 8 petang manakala kupon untuk berbuka puasa terhad kepada first come, first served. Bukan sekadar gaming, program ini dapat mendekatkan lagi sesi berkenalan bersama-gamers lain yang berkumpul sambil menikmati suasana Ramadan, di mana ianya tidak terhad kepada Muslim sahaja. Terdapat juga aktiviti lain yang akan berlangsung, seperti giveaway, jadi kalau korang rasa bertuah, jomlah turut serta!
Untuk maklumat lanjut:
Link: RSVP Iftar di Battle Arena
Facebook: Battle Arena Malaysia
Korang juga perlu daftar sebagai ahli di Battle Arena untuk menikmati kesemua keistimewaan yang disediakan.
@gamersantaimy
Discussion about this post