Kerjasama rasmi antara Arena of Valor (AOV) dan BLEACH telah bermula! Watak ikonik siri anime Jepun yang popular ini telah tiba di medan perang untuk menggegarkan acara 5v5 MOBA Day. Pemain mesti rasa tidak sabar untuk melihat protagonis utama Ichigo Kurosaki, kegemaran ramai Byakuya Kuchiki dan Toshiro Hitsugaya dalam permainan, di samping banyak kandungan dalam permainan eksklusif untuk dinikmati pemain AOV dalam kolaborasi Arena of Valor x BLEACH ini.
BLEACH adalah siri manga dan anime Jepun yang sangat popular. Ia disiarkan dalam majalah Shonen Jump Shueisha dari Ogos 2001 hingga Ogos 2016, sementara siri TV anime dihasilkan oleh Studio Pierrot yang berpusat di Tokyo dan berlangsung dari 2004 hingga 2012.
Dapatkan skin Ichigo Kurosaki untuk Lu Bu dengan Valor Pass S29
Watak utama dalam BLEACH, Ichigo Kurosaki, akan menjadi skin baru Lu Bu. Peminat siri ini dapat berharap untuk menggunakan kekuatan shinigami dan hollowfication-nya di medan perang setelah memperoleh skin kolaborasi eksklusif melalui Valor Pass S29.
Skin untuk kapten Gotei 13 Byakuya Kuchiki dan Toshiro Hitsugaya kini dalam jualan!
Kapten Gotei 13 Byakuya Kuchiki dan Toshiro Hitsugaya masing-masing akan menjadi skin baru bagi Murad dan Bright. Pemain dapat melihat keahlian mereka yang mempesona tetapi mematikan, dengan bunga sakura Byakuya Kuchiki dan naga ais Toshiro Hitsugaya dijamin akan memberi kehebatan di medan perang.
Pakaian Lindis dan Annette dengan fesyen BLEACH yang ikonik
Lindis dan Annette masing-masing akan menerima skin baru yang diilhamkan oleh fesyen BLEACH klasik. Lindis akan dilengkapi dengan Shihakusho, pakaian seragam ikonik yang dapat dituntut oleh pemain secara PERCUMA hanya dengan menyelesaikan misi dalam permainan. Annette akan mendapat Pakaian Karakura High School, yang boleh didapati melalui Valor Pass.
Menarikkan apabila anime kegemaran korang di dalam kolaborasi AOV? Jadi jangan lupa untuk terus kemaskini berita kolaborasi Arena of Valor x BLEACH di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.
@gamersantaimy
Discussion about this post