Siapa yang tidak mahu menggembirakan ibu bapa mereka kan? Terutama ibu bapa kita yang dah pencen tinggal dirumah berdua, anak-anak bekerja dan dah kahwin, nak main dengan cucu-cucu pun mereka tidak selalu datang sebab tinggal jauh. Jadi apa kata sekarang kan zaman dah maju, kebanyakan rumah ibu bapa anda akan dipasang wifi internet dan membeli telefon pintar kepada mereka supaya senang untuk hubungi mereka. Tapi, anda tahu tak, selepas selesai orang tua kamu tu buat kerja harian mereka, lepas solat sambil-sambil minum kopi mereka mahukan hiburan juga kecuali layan drama 24jam!
Apa kata, anda balik kampung tu, anda muat turun kan beberapa permainan didalam telefon pintar ibu bapa anda. Haaa mesti seronok sikit mereka! Maka hari ini kami akan mengongsikan beberapa permainan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, anda bosan-bosan pun boleh teman ibu bapa anda main permainan ini smua kan! Okay jom lihat antara permainan yang ada!
Homescapes & Gardenscapes
Haaa kenal tak muka pakcik yang sering timbul di telefon pintar anda tu? Buka Yotube ada iklan dia, buka aplikasi yang ada ads pun ada muka dia. Senang cerita pakcik ini antara top game yang ada di Google Play Store sekarang! Ianya termasuk kepada kedua-dua permainan yang bernama Homescapes dan Gardenscapes.
Kedua-dua konsep hampir sama, cuma satu anda harus dekorasi rumah satu lagi mencantikkan taman. Anda harus selesaikan permainan mini ala-ala candy crush untuk dapatkan duit untuk pembelian barang dan barangan. Ada juga barangan yang boleh dibeli dalam talian. Jadi anda boleh memuat turun Homescapes dan Gardenscapes di Android dan iOS.
Fishing Hook
Siapa kat sini yang ayah mereka suka memancing? Haaa ini permainan yang sesuai untuk mereka! Yela bukan selalu dapat turun laut atau sungai atau tasik nak pergi mancing kan? Jadi ini lah tempat lepas kan geram, sangat mudah dikawal, dapat strike ikan pula dapat ikan yang besar memang cipta rekod lah!
Bukan setakat Fishing Hook je menjadi pilihan, juga beberapa permainan memancing yang lain seperti Monster Fishing 2019, Fishing Clash dan Rapala Fishing yang anda boleh memuat turun. Jadi anda boleh muat turun Fishing Hook di Google Play dan iOS Appstore.
Covet Fashion
Pada mak-mak yang dulu masa muda suka bergaya, dan cita-cita nak jadi fashion designer tetapi tidak kesampaian, inilah permainan yang sesuai untuk mereka. Dalam permainan ini pemain ada pelbagai misi termasuk misi harian yang perlu difesyenkan mengikut kehendak misi.
Senang sahaja untuk memilih pakaian yang terbaik untuk model-model didalam Covet Fashion ini. Kadang-kadang fesyen berhijab juga ada dalam misi! Berminat nak muat turun permainan ini? Jom usha di Google Play dan iOS Appstore.
Design Home
Dah penat dekorasi rumah sendiri? Bukan ada orang nak tengok selalu pun, selalunya tetamu datang masa raya je kan? Jadi dah penat seret sini sana sofa tu? Duduk diam-diam kat sofa tu dan buat misi harian dalam permainan Design Home ini. Anda berpeluang menjadi pereka dalaman rumah dengan pelbagai pilihan barangan rumah yang disediakan.
Paling penting, ikut kehendak misi harian anda, pemain lain akan undi, dan kemungkinan besar anda akan memenangi misi harian anda sebagai pereka terbaik. Berminat? Muat turun di Google Play dan iOS appstore sekarang!
Fun Race 3D
Pernah tengok Wipeout di siaran TV? Haaa ini permainan yang ala-ala Wipeout yang membuat orang ketagih sampai menjadi top game di Play Store! Sangat senang kawalannya, tempuh segala rintangan untuk ke peringkat seterusnya.
Pelbagai watak untuk didapati juga. Memang semua orang boleh memainkanya untuk lepaskan geram. Nak muat turun bolehla ke Google Play ataupun iOS Appstore.
Roblox
Ini adalah sebuah permainan mengembara ala-ala Lego dan Minecraft. Roblox boleh dimain secara multiplayer dalam talian dan sistem penciptaan permainan yang membolehkan pemain untuk mereka bentuk permainan tersendiri dan memainkan pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pengguna lain.
Jadi dah bersedia nak bagi ibu bapa mendapat ramai kenalan luar? Permainan ini memang seronok ! Dapatkanya di Google Play dan iOS Appstore sekarang.
Siri-siri Angry Birds
Kehangatan filem animasi Angry Birds 2 masih terasa, apatah lagi permainanya yang tidak pernah ketinggalan di belakang! Pelbagai siri permainan Angry Birds dari lastik burung-burung, hingga lah puzzle dan ala-ala blaster! Kesemuanya tidak membosankan dan sangat senang untuk memainkanya.
Jadi anda bolehlah download tak kisah pun mana-mana dari siri Angry Birds di Google Play dan iOS Appstore okay!
Banyak lagi permainan ala-ala indie yang anda boleh muat turun untuk ibu bapa anda. Ini antara cadangan kami sahaja. Tapi alang-alang itu selalu-selalulah singgah jenguk ibu bapa kamu kat kampung tu ye. Main sama-sama permainan-permainan ini semua dengan mereka pasti lagi seronok! Harap membantu jumpa lagi artikel akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post