Kami kembali lagi dalam sesi unboxing baru! Kali ini jom kita lihat headset gaming HyperX khas iaitu HyperX Cloud Stinger 2 PlayStation! Kalau anda ingin tahu, headset gaming ini direka untuk pemain-pemain PlayStation. Tengok rupa headset pada kotak sahaja sudah kelihatan seperti konsol PlayStation 5. Jadi tanpa membuang masa, jom kita mulakan sesi unboxing kita!
Buka sahaja kotak, kita dapat melihat headset HyperX Cloud Stinger 2 PlayStation dan manual headset. Itu sahaja item yang ada dalam kotak produk. Angkat sahaja headset tersebut, boleh rasa betapa ringannya produk tersebut. Anda yang suka headset ringan, pasti menyukainya. Lihat pada warna design, ia menggayakan warna tema konsol PlayStation 5 iaitu putih dan biru. Walaupun begitu warna biru tidak banyak digunakan, ia hanya ada pada earcup dan volume slider. Sangat minimal sama seperti konsol Sony tersebut, cuma bezanya ia tidaklah bernyala.
Headset cup juga agak besar dan apabila dipakai, terasa sangat selesa. Terima kasih kepada memory foam yang digunakan pada earcup tersebut. Bukan bahagian itu sahaja yang ada foam, bahagian atas headset juga mempunyai pad untuk keselesaan pemakai.
Seperti headset gaming yang lain, earcup HyperX Cloud Stinger 2 PlayStation juga boleh dipusing sebanyak 90 darjah. Memang sesuai sangat untuk pengguna yang ingin menggantung headset tersebut pada leher atau baringkannya di permukaan rata. Kalau letak dalam beg juga mudah.
Ia juga boleh dilaraskan kepada sebarang keperluan saiz kepala, dengan penanda berguna yang membolehkan anda kongsi dengan ahli keluarga yang mungkin mempunyai saiz kepala yang berbeza.
Memandangkan headset ini merupakan model yang sama dengan HyperX Cloud Stinger 2, jadi tiada perubahan pada prestasinya. Oh ya, walaupun ia mempunyai rupa yang berdasarkan PS5, headset ini masih boleh digunakan pada platform lain.
Kalau anda berminat untuk mendapatkan headset ini, bolehlah lawati laman web rasmi produk. Itu sahaja untuk sesi unboxing kali ini! Klik pautan ini untuk dapatkan artikel unboxing kami yang lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post