Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HYENAS pamer gameplay “co-op shooter!” Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Multiplayer, PC, Shooter
0 0
0
HYENAS pamer gameplay “co-op shooter!” Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA dan Creative Assembly telah mengeluarkan trailer gameplay rasmi untuk game aksi co-op shooter HYENAS, yang mempamerkan aksi pertarungan zero gravity huru-hara dan ciri-ciri watak di dalam game. Pada masa yang sama, SEGA akan menganjurkan ujian beta tertutup untuk game tersebut bermula dari 31 Ogos hingga 11 September di platform PC.

Untuk gambaran umum, anda boleh menonton trailer gameplay Hyenas di bawah:

Pengguna yang berminat boleh meminta akses kepada ujian beta tertutup melalui halaman HYENAS di Steam. Pengguna yang mengambil bahagian dalam ujian alpha tertutup akan menerima kod beta secara automatik pada 29 Ogos apabila ujian beta tertutup tersedia untuk dimuat turun.

Berkenaan gameplay; HYENAS ialah game multiplayer extraction shooter berasaskan wira. Pilih seorang Hyena – masing-masing dengan senjata, abiliti dan personaliti yang unik—untuk membentuk satu pasukan (yang terdiri daripada tiga pemain) dan mencuri “Merch” berharga. Segala aksi akan berlaku di atas ‘Plundership‘ besar yang kembali ke Marikh dari Bumi, penuh dengan Merch untuk dicuri oleh krew anda.

Kredit: SEGA

Sambil bersaing dengan empat krew lain, matlamat anda adalah untuk mencari peti besi yang tersorok, dan kemudian mencuri Merch yang mencukupi lalu melarikan diri. Selain daripada pemain lain, anda juga perlu berhati-hati kepada “MURFs”— pasukan keselamatan NPC yang akan berjuang bermati-matian untuk melindungi kargo berharga itu.

Sebaik sahaja satu pasukan telah mencuri Merch yang mencukupi, mereka akan mengaktifkan VIP Extraction yang didedahkan pada peta. Anda mesti mencari titik Extraction tersebut dan melarikan diri sambil menghalang orang lain. Krew yang melarikan diri dahulu adalah pemenang.

Kredit: SEGA

Pertempuran bersifat fast-paced dan dipertingkatkan dengan senjata dan ability unik setiap Hyena. Selain itu, setiap Plundership menampilkan kawasan graviti sifar, yang boleh dihidupkan dan dimatikan di kawasan tertentu yang bermaksud adegan tembak-menembak akan berlaku di dimensi yang sama sekali baru. Di samping itu, jangan terlalu gembira kerana pemain musuh juga boleh menyerang anda dari mana-mana arah.


Kredit: SEGA

HYENAS akan dikeluarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X dan Series S, Xbox One, Windows melalui Steam. Kebetulan, SEGA juga mengumumkan bahawa game ini akan tersedia secara terbuka buat kali pertama di Dewan 8 di Gamescom (acara gaming terbesar di dunia) dari 23 Ogos hingga 27 Ogos.

Tags: BETAHyenasPC
ShareTweetSend
Previous Post

Pelukis Manga One Piece Dedahkan Rancangan Selepas Tamatnya Siri!

Next Post

Overwatch 2 umum skin baru untuk D.Va – kolaborasi khas bersama Gentle Monster!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Overwatch 2 umum skin baru untuk D.Va – kolaborasi khas bersama Gentle Monster!

Overwatch 2 umum skin baru untuk D.Va - kolaborasi khas bersama Gentle Monster!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd