Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Bakal Dilancarkan Julai 2025, Dengan Tambahan DLC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam
0 0
0
HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Bakal Dilancarkan Julai 2025, Dengan Tambahan DLC!
Share on FacebookShare on Twitter

Arc System Works, bersama pembangun Eighting Co., Ltd., telah mengesahkan bahawa HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT akan dilancarkan pada 17 Julai untuk PlayStation 5, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Fighting game 2D yang dinanti-nantikan ini, diadaptasi daripada siri manga dan anime popular Hunter×Hunter karya Yoshihiro Togashi, membawa watak-watak ikonik dan pertarungan sengit ke dalam pengalaman gameplay yang serba baharu dan dinamik.

Kredit: Arc System Works

Bagi peminat yang tidak sabar untuk mencuba game lebih awal, pra-tempahan digital kini dibuka, menawarkan akses awal selama 48 jam untuk pemain PlayStation 5 dan PC bermula 15 Julai.

Daripada segi kandungan, game ini menjanjikan pengalaman gameplay yang pelbagai , khususnya format “3v3 Nen Ability Team Battles”, di mana strategi pemilihan pasukan dan keserasian watak memainkan peranan penting.

Rush Combo System yang inovatif pula memudahkan pemain melakukan kombo serangan dengan hanya menekan butang rush dan butang serangan secara berulang.

Kredit: Arc System Works

Selain itu, mod online dan perlawanan ranked membolehkan pemain bersaing untuk mencapai “Three Hunter Stars” serta menggunakan G.I. Cards bagi menambah elemen strategi dalam pertempuran.

Story Mode khas juga disediakan, merangkumi adegan terkenal daripada siri Hunter×Hunter, sekaligus menjadi panduan berguna untuk pemain baharu.

Salah satu tarikan utama dalam HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT ialah barisan wataknya yang merangkumi watak kegemaran peminat seperti Gon, Killua, Kurapika, Hisoka, Morel, Kite, dan banyak lagi. Lebih banyak watak dijangka diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Untuk menambah keterujaan peminat lama, watak DLC pertama bagi Season Pass 1, Nephelpito, telah diumumkan. Nephelpito dijadualkan untuk dilancarkan pada musim luruh tahun ini, diikuti oleh tiga lagi watak DLC: seorang watak baharu pada musim sejuk 2025, watak ketiga pada musim bunga 2026, dan watak keempat pada musim panas 2026.

Tags: HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon TCG Showdown 2025 – Acara Gempak untuk Peminat di Malaysia!

Next Post

Honkai: Star Rail Versi 3.1 “Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne” Akan Tiba 26 Februari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Honkai: Star Rail Versi 3.1 “Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne” Akan Tiba 26 Februari!

Honkai: Star Rail Versi 3.1 "Light Slips the Gate, Shadow Greets the Throne" Akan Tiba 26 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd