Bushiroad Games mengumumkan bahawa game free-to-play Hunter x Hunter: Nen x Survivor akan dilancarkan untuk peranti iOS dan Android pada 18 Februari 2026. Peminat yang tidak sabar boleh membuat pra-pendaftaran sekarang untuk membuka beberapa ganjaran ketika pelancaran permainan.
Dibangunkan oleh WonderPlanet Inc., Hunter x Hunter: Nen x Survivor ialah sebuah action roguelite “ala Survivors” yang membawa pemain ke dalam dunia siri anime dan manga yang digemari ramai tersebut.
Game ini direka untuk bermain satu tangan, membolehkan pemain mengawal watak-watak ikonik dan menewaskan gelombang musuh menggunakan kebolehan Nen mereka.
Teras gameplay berkisarkan pengalaman roguelike di mana setiap sesi permainan menawarkan build yang unik. Pemain akan menggunakan campuran skill rawak dan sinergi parti untuk mengatasi peringkat yang semakin sukar. Mod auto juga disertakan untuk membantu pemain.
Wajah-wajah yang dikenali dari dunia Hunter x Hunter, termasuk Gon, Killua, Kurapika, Leorio dan Hisoka, akan tersedia untuk dikawal oleh pemain. Game ini menjanjikan nilai main semula yang tinggi dengan pelbagai tahap kesukaran dan pelbagai peringkat untuk mencabar pemain yang paling berpengalaman sekalipun.
Kempen pra-pendaftaran sedang dijalankan dengan ganjaran berperingkat berdasarkan jumlah pendaftaran. Ganjaran tersebut termasuk:
- 50,000 pendaftar: Ikon media sosial Gon, Killua, Kurapika, Leorio dan Hisoka.
- 100,000 pendaftar: 1,000 Nen Crystal.
- 200,000 pendaftar: Wallpaper original.
- 300,000 pendaftar: S Memory Scene bertajuk “The Adventure Begins”.









Discussion about this post