Di hari jumaat yang mulia ni, aku nak share dengan korang something. Humble bundle lagi SEKALI, dengan humblenye, nak bagi game percuma lagi. Kali ni, diaorang nak bagi game Spec Ops : The Line. Game ni dari geng developer 2K Games. Hurmmm, jom, ikut aku, aku nak bagi penerangan ringkas pasal game ni.
Selepas 6 bulan Dubai dihapuskan dari peta disebabkan ribut pasir, Beribu nyawa telah terkorban termasuk dengan askar US yang di hantar untuk kosongkan bandar tersebut. Dan pada hari ini, Dubai dah menjadi bandar runtuhan termewah. Semasa di sana, ada signal radio yang misteri, dan Delta Recon Team telah dihantar untuk menyiasat. Apa yang diaorang dapati sebenarnya, Dubai berada dalam peperangan. Untuk menyelamatkan Dubai, pemain kena mencari siapakah lelaki gila yang menyebabkan semua ini – Col. John Konrad.
Jadi, apa lagi, claim cepat!!!! oh, game ni 3rd person shooter eh, dan gameplay dia ala-ala Call of Duty sikit. Aku suapkan korang trailer sikit na.
@gamersantaimy
Discussion about this post