Sejak diumumkan pada 2022, ramai pemain MOBA yang menantikan kehadiran game popular Honor of Kings ke pasaran Global. Nampaknya ada kemungkinan besar game itu akan tersedia pada tahun ini. Melalui laman web rasmi global game, pra-pendaftaran game telah pun bermula untuk platform iOS melalui App Store. Kalau anda pemain Android, anda masih perlu menunggu untuk pra-daftar game ini.
Yang menariknya, halaman Honor of Kings di App Store mendedahkan bahawa game MOBA itu akan dilancarkan pada 20 Jun 2024. Harap-harap tarikh tersebut akan kekal. Bolehlah kita mainkannya beramai-ramai nanti.
Kalau anda ingin tahu, hanya sebuah negara sahaja yang sudah bermain Honor of Kings global ini. Negara terebut adalah Brazil. Sudah setahun game tersebut tersedia di negara itu. Dengan berita baharu ini, lebih ramai pemain dari seluruh dunia dapat mainkan game ini nanti!
Tentang Honor of Kings
Game MOBA ini telah dilepaskan oleh TiMi Studio Group di China pada 2015. Selepas bertahun-tahun menghasilkan reka bentuk watak, naratif pandangan dunia dan peningkatan gameplay, Honor of Kings telah menjadi pilihan hiburan sosial tertinggi di China. Setelah merekodkan 100 juta purata pengguna aktif harian pada tahun 2020, game ini menjadi MOBA mobile yang paling kerap dimainkan di dunia dan kini Level Infinite membawakan Honor of Kings ke peringkat global!
Honor of Kings menawarkan pengalaman daya saing terbaik pada mobile. Selami medan perang sambil anda berskuad dengan rakan-rakan, pilih daripada wira unik dengan kemahiran yang menakjubkan dan nikmati keseronokan melampau dalam pertarungan berpasukan yang sengit. Dalam setiap pertempuran, sepasukan lima pemain mara di sepanjang tiga lorong, dengan matlamat untuk menumbangkan sembilan menara dan akhirnya memusnahkan kristal musuh untuk menuntut kemenangan.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post