Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HONOR Magic Vs — Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama HONOR Dilancarkan!

Maira by Maira
November 23, 2022
in Artikel, Berita, Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
HONOR Magic Vs — Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama HONOR Dilancarkan!
Share on FacebookShare on Twitter

HONOR telah mengumumkan pelepasan untuk HONOR Magic Vs, smartphone flagship generasi baru yang boleh dilipat. Telefon itu mendorong industri dalam reka bentuk, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna, menjadikannya teman yang sempurna untuk perniagaan dan hiburan.

HONOR Magic Vs akan menjadi flagship boleh lipat pertama kami untuk debut di pasaran luar negara dan kami yakin ia akan memberikan kemajuan besar, mengubah cara orang di seluruh dunia menggunakan telefon pintar mereka.

George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd.
HONOR Magic Vs

Telefon ini merupakan telefon pintar boleh lipat paling ringan dalam industri pada masa dikeluarkan, sebahagian besarnya berkat berat 261g apabila dilipat. Bersamanya ialah bateri besar 5000mAh untuk kegunaan sepanjang hari. Telefon ini juga mempunyai kenipisan sebanyak 12.9mm memberikan reka bentuk simetri dan kemas, mudah dibawa, malah mewakili rasa premium kepada penggunanya.

Dibina dengan bahan gred aeroangkasa, engsel HONOR Magic Vs mampu menahan lebih 400,000 lipatan, bersamaan lebih daripada sepuluh tahun penggunaan dengan 100 lipatan setiap hari, mencipta penanda aras baharu dalam reka bentuk telefon pintar boleh lipat.

Apabila dilipat, HONOR Magic Vs mempersembahkan paparan 6.45 inci, dengan nisbah aspek 21:9 yang mesra pengguna dan nisbah skrin ke badan 90%. Ini memberikan penonton keseronokan dan pengalaman menonton pada paparan dalaman 7.9 inci yang lebih lebar. Disokong lagi oleh gamut warna 100% DCI-P3, memberikan sehingga 1.07 bilion warna dan kadar penyegaran skrin sehingga 120Hz. Pengguna dijamin dengan pengalaman hiburan yang mengasyikkan sama ada untuk filem, game atau penggunaan biasa.

HONOR Magic Vs

Selain itu, Circadian Night Display, meminimumkan kesan negatif cahaya biru dan membantu pengguna meningkatkan kualiti tidur serta menjadi lebih bertenaga dan produktif pada siang hari. Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs dilengkapi dengan teknologi 1920Hz PWM Dimming untuk mengurangkan kelipan skrin memastikan pengalaman menonton yang selesa walaupun dalam persekitaran cahaya malap.

Telefon ini turut menampilkan sistem tiga kamera yang terdiri daripada Kamera Utama IMX800 54MP, Kamera Ultra-Lebar & Makro 50MP dan Kamera Zoom Optik 8MP 3X, membolehkan pengguna menangkap imej yang menawan dengan perincian yang menakjubkan serta memberikan pengalaman fotografi dan videografi yang unggul . Inilah helah terbaik – HONOR Image Engine – memberikan keupayaan fotografi pengiraan terbaik dalam kelasnya, menghasilkan imej berkualiti tinggi merentas semua senario.

HONOR Magic Vs

Dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform, pemacu kecekapan kuasa dengan prestasi GPU dan CPU yang dipertingkatkan. Bateri yang besar tidak akan bermakna tanpa pengecas yang baik. HONOR SuperCharge Berwayar 66W membolehkan bateri dicas sepenuhnya sehingga 100 peratus dalam masa 46 minit sahaja.

HONOR Magic Vs didatangkan dengan Sistem Keselamatan Dual TEE, yang dibangunkan bersama Qualcomm menawarkan perlindungan peringkat perkakasan kepada pengguna, memastikan privasi dan keselamatan dipertingkatkan. Dengan MagicOS 7.0 terbaharu berasaskan Android 12, HONOR Magic Vs memuatkan ciri pintar yang dipertingkatkan untuk membantu multi-tasking, meningkatkan produktiviti secara maksimum.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai HONOR Magic Vs, boleh ikuti laman web rasmi HONOR atau halaman Facebook mereka.

Tags: HonorHONOR Magic Vs
Previous Post

Controller merah jambu menawan jadi saksi lamaran kepada gamer Xbox!

Next Post

Jujutsu Kaisen 0 bakal tiba di Netflix 21 Disember, Domain Expansion di rumah anda!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen 0 bakal tiba di Netflix 21 Disember, Domain Expansion di rumah anda!

Jujutsu Kaisen 0 bakal tiba di Netflix 21 Disember, Domain Expansion di rumah anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd