Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail bakal ada ujian PS5! Daftar sebagai “tester” hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail bakal ada ujian PS5! Daftar sebagai “tester” hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada Gamescom 2023: Opening Night Live hari ini, HoYoverse telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan pengambilan peserta untuk ujian teknikal Honkai: Star Rail versi PlayStation 5 (PS5) bermula hari ini pada pukul 4PM.

Mereka masih belum mengumumkan cara-cara untuk sertai ujian teknikal Honkai: Star Rail PS5 dan saya tidak pasti jika ujian ini akan diadakan di Malaysia, tetapi korang boleh tonton dahulu trailer di bawah:

Tentang Honkai: Star Rail

Kredit: HoYoverse

Honkai: Star Rail menampilkan dunia penuh dengan unsur mitos dan legenda ke dalam cerita sci-fi angkasa lepas. Di alam semesta ini, terdapat “Aeon”, penjelmaan prinsip universal yang dapat mengembara dengan bebas di antara dunia yang menggunakan beberapa jenis daya primitif.

Galaksi ini penuh dengan dunia dengan landskap dan cerita yang unik; “Aeon” yang menjelajah alam semesta untuk menegakkan kepercayaan mereka sendiri, terdapat juga “Destruction” yang menganggap alam semesta sebagai tamadun berpenyakit. Mereka yang telah menyebarkan benih kehancuran yang dipanggil “Stellaron” merentasi galaksi.

Kredit: HoYoverse

Protagonis, yang mempunyai Stellaron di dalam badannya, memulakan perjalanan menggunakan Astral Express dengan sekumpulan penumpang lain yang mewarisi semangat “Trailblaze”. Dan kini mereka mencari jejak “Aeon” untuk meneroka alam semesta. Ekspedisi berlangsung apabila protagonis dan anak kapal mencari jawapan serta mencungkil rahsia yang terkubur.

Astral Express akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.

Kredit: HoYoverse

Honkai: Star Rail tersedia sekarang di PC, iOS melalui Apps Store dan Android melalui Google Play. Versi PS5 bakal dikeluarkan pada S4 2023 manakala versi PS4 masih dalam pembikinan.

Baca segala berita kami tentang Gamescom di SINI.

Tags: Honkai: Star Railps5
ShareTweetSend
Previous Post

Cyberpunk 2077: Phantom Liberty Perkenalkan Senjata Baharu, Kenderaan Baharu, Vehicle Combat & Banyak Lagi! [Gamescom 23]

Next Post

Alan Wake 2 Dedahkan The Dark Place Dalam Trailer Baharu! [Gamescom 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Alan Wake 2 Dedahkan The Dark Place Dalam Trailer Baharu! [Gamescom 23]

Alan Wake 2 Dedahkan The Dark Place Dalam Trailer Baharu! [Gamescom 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd