Hari ini, COVER Corporation mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan 3D Showcase untuk hololive English Council yang bermula dengan Ceres Fauna pada 16 September, Ouro Kronii pada 17 September, Nanashi Mumei pada 23 September, Hakos Baelz pada 30 September, dan kolaborasi 3D terakhir dengan IRyS pada 8 Oktober.
Bagi mereka yang kurang kenal, Hololive English Council ialah generasi VTuber kedua (ketiga jika dikira Project: HOPE sekali) Hololive English pada tahun 2021.
Sebelum pendedahan rasmi, YouTube rasmi Hololive English memuat naik 2 teaser, yang diceritakan oleh IRyS, yang memberikan maklumat latar belakang tentang kisah generasi itu. Itu juga menjelaskan mengapa mereka membua kolaborasi bersama IRyS untuk 3D Showcase ini.
Jadi apa yang anda perlu jangkakan dalam acara akan datang ini? Setiap VTuber; Ceres Fauna, Ouro Kronii, Nanashi Mumei dan Hakos Baelz, serta IRyS akan mengumumkan pelbagai kandungan baru dan menunjukkan persembahan daripada setiap bakat tersebut.
Jika anda berminat untuk tonton, berikut adalah butiran lengkap:
Ceres Fauna
- Tarikh: Ahad, 17 Sept, 11:00 PM
- YouTube Channel: https://www.youtube.com/@CeresFauna
- Hashtag: #3DKirin
Ouro Kronii
- Tarikh: Isnin, 18 Sept, 11:00 PM
- YouTube Channel: https://www.youtube.com/@OuroKronii
- Hashtag: #3Dronii
Nanashi Mumei
- Ahad, 24 September, 11:00 PM
- YouTube Channel: https://www.youtube.com/@NanashiMumei
- Hashtag: #MOOMin3D
Hakos Baelz
- Ahad, 1 Okt, 11:00 PM
- YouTube Channel: https://www.youtube.com/@HakosBaelz
- Hashtag: #RatIdol3D
Siaran hololive English -Council- & IRyS 3D Collaboration
- Isnin, 9 Okt, 11:00 PM
- YouTube Channel: https://www.youtube.com/@hololiveEnglish
- Hashtag: #CouncilRyS3D
For more information on hololive English talents, visit
https://hololive.hololivepro.com/en/talents?gp=english
Untuk mengenal lagi bakat hololive English di atas, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di SINI. Baca segala berita kami tentang hololive di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post