Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hirako Shinji akan pamer Bankai dalam Bleach TYBW Part 2, tidak pernah dilihat dalam manga

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Hirako Shinji akan pamer Bankai dalam Bleach TYBW Part 2, tidak pernah dilihat dalam manga
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, kita mendapat berita bahwa Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan ditayangkan pada Julai 2023. Sempena itu, pihak produksi telah mengeluarkan trailer baharu yang menunjukkan beberapa aksi akan datang termasuk Bankai milik Hirako Shinji, yang tidak pernah dilihat dalam anime mahupun manga sebelum ini!

Tonton dahulu trailer di bawah:

Hirako Shinji, Kapten kepada Division 5 dalam Gotei 13, muncul dalam trailer di mana dia terpaksa bertarung dengan segerombolan tentera Wandenreich yang semuanya melepaskan anak panah ke arahnya. Walaupun berada dalam situasi yang teruk, Shinji hanya tersenyum dengan yakin dan mengucapkan sepatah perkataan: “Bankai“. Berikutan itu, adegan berubah ke bahagian lain.

Trailer itu tidak menunjukkan keseluruhan Bankai milik Shinji, jadi peminat perlu menunggu tayangan TYBW bahagian 2 untuk menyaksikannya secara penuh.

Kredit: Pierrot Co., Ltd.

Seperti saya katakan di atas, Bankai ini tidak pernah ditunjukkan dalam manga, kerana dilabel sebagai “tidak praktikal” di medan perang. Satu-satunya kemunculan Bankai tersebut adalah dalam novel “Can’t Fear Your Own World” dan itu pun tidak dijelaskan dengan panjang.

Sebelum ini, pencipta Tite Kubo, pernah berkata bahawa TYBW Part 2 akan menampilkan banyak adegan dan pertarungan yang tidak wujud dalam manga, jadi keputusan untuk mengadaptasikan Bankai milik Hirako Shinji merupakan keputusan bagus yang pasti menggembirakan hati ramai peminat.

Kredit: Pierrot Co., Ltd.

Apa yang membuatkan Bankai kepunyaan Hirako Shinji sangat berbahaya?

Kredit: Bleach: Can’t Fear Your Own World

Hirako Shinji ialah Kapten kepada Division 5 di Gotei 13 bersama Momo Hinamori sebagai leftenan. Kali pertama dia muncul, Shinji berkhidmat sebagai ketua Visored (Shinigami yang telah memperoleh kuasa Hollow). Apa yang orang ramai tidak tahu adalah dia juga merupakan seorang Kapten lebih 100 tahun yang lalu sebelum dibuang lalu dikembalikan ke jawatan lamanya selepas pertarungan menentang Aizen Sosuke.

Berkenaan Bankai-nya, abiliti ini hanya muncul dalam novel Bleach: Can’t Fear Your Own World. Bernama Sakashima Yokoshima Happofusagari (Reversed Evil Eight Treasure Blockade), sebuah bunga nadeshiko akan muncul di bawah kaki Shinji apabila diaktifkan.

Menurut Kyoraku Shunsui (Kapten semasa Gotei 13), Bankai ini “tidak boleh membezakan antara kawan dan lawan” kerana memberi kesan kepada semua orang dalam radius. Dengan mengelirukan persepsi lawan, ia menyebabkan pihak yang terjejas percaya bahawa kawan mereka adalah musuh dan sebaliknya.

Disebabkan itu, Bankai ini mempunyai banyak kekurangan.

Pertama, Shinji tidak boleh menggunakan abiliti ini dalam pertarungan 1v1. Kedua, Shinji tidak boleh menggunakan abiliti ini apabila rakan sekutu berdekatan kerana takut ia boleh menyebabkan rakan itu menjadi musuh yang tidak sengaja.

Kredit: Pierrot Co., Ltd.

Buat masa ini, itu sahaja info yang saya ada. Lebih banyak lagi akan didedahkan apabila Bleach: Thousand-Year Blood War, Part 2 – The Separation ditayangkan pada 8 Julai 2023. Baca segala berita kami tentang Bleach di SINI.

Tags: animebankaibleachHirako Shinji
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar angin] Barisan Pelakon untuk Filem Live Action My Hero Academia Tersebar di Media Sosial!

Next Post

Eyeshield 21 akan keluar projek “one-shot” baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Eyeshield 21 akan keluar projek “one-shot” baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata

Eyeshield 21 akan keluar projek "one-shot" baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd