Dalam bab sebelum manga Boruto: Two Blue Vortex, kita mendapat tahu bahawa Kyubi (atau nama sebenarnya Kurama) telah hidup semula di dalam badan Uzumaki Himawari (anak perempuan Naruto). Memandangkan bab 10 baru sahaja keluar semalam, akhirnya kita dapat melihat bagaimana Himawari akan menggunakan kuasa Kyubi untuk melawan ancaman baharu yang datang menyerang Konoha.
Death is never eternal, and the universe is full of mysteries. 🌀🦊
Read Boruto: Two Blue Vortex, Ch. 10 in Shonen Jump for free! https://t.co/UnJg8cezKh pic.twitter.com/Pc4syOvHCy
— Shonen Jump (@shonenjump) May 20, 2024
AMARAN! SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX BAB 10!!
Sebagai rumusan, antagonis baru Jura dan Hidari telah menyerang Kampung Konoha. Khususnya, Jura sedang memburu Himawari kerana dapat mengesan chakra Kyubi di dalam badannya. Diselamatkan oleh Team 10, mereka melarikan diri tetapi Himawari mendapati dirinya bertemu dengan Kyubi di Seishin Sekai (Mental World).
Penjelasan di bawah menceritakan apa yang berlaku di bab 10.
Kurama memperkenalkan dirinya kepada Himawari, lalu gadis itu bertanya sama ada “adakah dia yang wujud dalam badan bapanya dan di mana mereka berada sekarang”. Kurama menjelaskan bahawa mereka tidak berada di dunia sebenar, dan boleh bercakap sesama sendiri kerana memiliki satu badan dan roh. Hakikatnya, Himawari pengsan di dunia sebenar.
Kurama mengaku kepada Himawari bahawa dirinya sebelum ini memang wujud di dalam Naruto, tetapi nyawanya telah hilang. Namun, Kurama menjelaskan bahawa kematian hanya sementara untuk binatang berekor, kerana sebahagian daripada mereka akhirnya akan menjelma semula di suatu tempat lain.
Kurama berkata tidak tahu di mana perkara ini akan berlaku, atau berapa lama masa yang diperlukan, tetapi tidak sangka ia berlaku begitu cepat, malah dalam badan anak perempuan Naruto.
Ia membuat spekulasi; jika ia disebabkan oleh kerana Himawari dilahirkan dengan sebahagian kecil chakra Kyubi, atau nasib kerana dilahirkan daripada darah Uzumaki dan Hyuga. Selepas memahami apa yang berlaku, Himawari serta-merta bangun di dunia sebenar bersama Team 10.
Walaupun diselamatkan oleh Team 10, mereka masih dikejar oleh Jura. Dalam keadaan panik, Himawari meminta bantuan Kurama, tetapi tiada apa yang berlaku.
Kurama menegur Himawari, dan mengatakan bahawa hanya gadis itu sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan mereka, sama ada menggunakan chakra Kurama atau tidak. Malah, Kurama juga menjelaskan bahawa chakra Himawari lebih serasi dengannya berbanding mana-mana hos sebelum, termasuk Naruto.
Digalakkan oleh kata-kata Kurama, Himawari cuba menyerang, tetapi Jūra, dengan mudahnya, mematahkan pergelangan kaki kanannya, lalu mula mencipta pokok di sekeliling Himawari untuk memakannya.
Yamanaka Inojin cuba menyerang, tidak mendengar amaran Nara Shikadai, tetapi dilutut ke perut oleh Jura sehingga jatuh ke tanah. Himawari meminta Jura untuk berhenti, tetapi apabila Inojin masih tidak henti bergelut, Jūra mencipta pokok baru yang menembusi badan Inojin.
Dalam keadaan terkejut dan marah, Himawari berjaya melepaskan diri dari pokok itu, di mana kita dapat melihat rambutnya bergerak ala-ala ekor musang, misai yang lebih tebal, dan mata yang menyerupai Kurama.
Di halaman akhir, Kurama tertawa dan menyatakan bahawa Himawari akhirnya “meletup”.
Baca segala berita kami tentang Boruto di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post