Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Helmet GUNDAM terbaru dari Bilmola pasti buat korang tergoda lah!

RX-78-2 Gundam, MS-06S Zaku, MS-09 DOM diinspirasikan untuk helmet ni!

Nyny.A by Nyny.A
June 4, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Helmet GUNDAM terbaru dari Bilmola pasti buat korang tergoda lah!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai sekarang yang pakai motor berkuasa tinggi, sudah semestinya topi keledar (helmet) adalah salah satu yang penting bagi penunggang motorsikal terutama dari segi aspek keselamatan. Tapi selain dari aspek keselamatan, kita dapat lihat sendiri ianya menjadi gaya sesebuah helmet tu kini menjadi penampilan pada setiap rider!

Jarang nak berlaku untuk kami kongsikan mengenai helmet, yalah sekarang ni pun banyak sangat helmet kustom yang sangat digemari rider kan. Terutama macam helmet Predator yang viral dulu-dulu tu~ Ada juga yang jenis suka kustom spray, atau kustom made sendiri. Tapi kali ini kami ingin kongsikan mengenai helmet kerana helmet kustom Gundam ini dah menggoda mata kami, memang kena bersiap “nah amik duit, aku nak beli sekarang!”.

Helmet kustom ni selalu ada bermacam jenis, sama ada kita akan berkenan atau tidak memang nyata mengikut cita rasa masing-masing. Tetapi apabila Bilmola X Gundam mengongsikan edisi terbaru mereka, sememangnya tergoda lah terutama pada peminat siri Gundam! Set helmet Gundam ini dilengkapi dengat warna yang bukan menjadi sesuatu yang asing bagi peminat Gundam, berinspirasikan dari RX-78-2 Gundam, MS-06S Zaku, dan MS-09 DOM.

Dah semestinya, keselamatan adalah aspek utama walaupun bergaya Gundam! Bilmola helmet dibina dengan bahan termoplastik tahan kejutan adalah kemenangan dalam ciri-ciri yang diperlukan. Helmet ini juga mempunyai tiga lubang udara di bahagian depan dan satu di belakang, tali cincin D berganda, visor “dark smoke”, dan fungsi tarikan kecemasan.

Ia juga dibina siap untuk pemasangan alat dengar Bluetooth dan dinilai ECE untuk boot. Berat helmet ini hanyalah 1.6kg dan ukuran yang ada berkisar antara XS hingga XXL. Untuk harga, memilih salah satu daripada tiga reka bentuk ini adalah 3.500 baht Thailand (sekitar RM473) menurut perkongsian dari Facebook rasmi Bilmola, tetapi ianya masih belum dikemaskini di Bilmola Helmet Malaysia.

Andai kata ianya dah tersedia di Malaysia? Atau dah berada dipasaran pada bila-bila masa, adakah helmet Gundam ini akan menjadi pihan anda? Kalau kami jangan tanya kenapa tiba-tiba dah sarung kat kepala lah! Apa pendapat anda pula dengan helmet ni? Jom kongsikan!

Sumber: Bilmola FB

Tags: BilmolaBilmola HelmetBilmola X GundamgundamHelmetsotsu-Sunrise
Previous Post

Eksklusif di Epic Games Store, Total War Saga: Troy akan keluar pada 13 Ogos! Percuma untuk 24 jam pertama!

Next Post

KARTRIDER: DRIFT makin menghangat! Jangan lupa untuk daftar CBT 2 kerana pelbagai ganjaran menanti!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
KARTRIDER: DRIFT makin menghangat! Jangan lupa untuk daftar CBT 2 kerana pelbagai ganjaran menanti!

KARTRIDER: DRIFT makin menghangat! Jangan lupa untuk daftar CBT 2 kerana pelbagai ganjaran menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd