Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hatsune Miku Dapat Filem Anime ‘Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Hatsune Miku Dapat Filem Anime ‘Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU!’
Share on FacebookShare on Twitter

Hatsune Miku tidak memerlukan apa-apa pengenalan dan cukup terkenal di seluruh dunia. Kini untuk mengembangkan lagi francais, gadis digital itu akan kembali dengan filem anime bertajuk ‘Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU‘ yang baru sahaja diumumkan semalam!

『劇場版プロジェクトセカイ
壊れたセカイと歌えないミク』

2025年1月17日(金)
全国の映画館にて公開決定!

どうぞご期待ください✨

作品公式HP:https://t.co/9B4M3fkAG9
作品公式X: @pjsekai_movie
🎞️特報映像:https://t.co/IfUSE8QFij

#劇場版プロセカ #paworks

— P.A.WORKS 公式 (@PAWORKS_info) July 29, 2024

Berita ini didedahkan oleh CyberAgent, yang mengumumkan bahawa Colorful Palette dan Sega turut berkolaborasi untuk filem anime ini; yang dibuat berdasarkan game rhythm popular ‘Hatsune Miku: COLORFUL STAGE‘. Berikut adalah trailer pertama:

Filem Project SEKAI the Movie: Kowareta SEKAI to Utaenai MIKU (atau terjemahan bahasa inggeris: Project SEKAI The Movie: A Broken World and Miku Who Can’t Sing) akan menampilkan jalan cerita yang sepenuhnya original, dengan menampilkan Hatsune Miku baharu yang jauh berbeza dan tidak pernah digambar sebegini di dalam game.

Secara am, Hatsune Miku terkenal kerana personalitinya yang ceria, tetapi keadaannya jauh berbeza di sini. Dia nampaknya telah mengalami masalah, dan kini seorang peminat muda harus membantu idol tersebut untuk jatuh cinta dengan muzik sekali lagi.

Kredit: © 「劇場版プロジェクトセカイ 壊れたセカイと歌えないミク」製作委員会

Berikut adalah sinopsis cerita:

“Beritahu saya tentang diri anda. Mungkin nanti saya akan faham lagu itu.”

“Ichika Hoshino mendengar lagu Miku yang tidak pernah dia dengar sebelum ini di kedai CD. Pada monitor, dia melihat Miku yang tidak pernah dilihatnya, dan secara tidak sengaja berkata “Miku!?” dengan kuatt. Terkejut dengan suaranya, mata Miku bertemu dengan Ichika, tetapi dia hilang tidak lama kemudian.”

“Beberapa hari kemudian, Miku muncul pada telefon pintar Ichika selepas persembahan muzik di jalanan. Miku dengan sedih menundukkan kepalanya, dan apabila Ichika dengan lembut bertanya, Miku memberitahu bahawa dia mahu mencapai orang ramai dengan lagunya, tetapi tidak kira berapa banyak dia menyanyi, lagunya tidak pernah sampai kepada sesiapa pun.”

‘Melihat Ichika menyanyi dan mencapai hati orang ramai semasa persembahan tadi, Miku berfikir bahawa dia boleh melakukan perkara yang sama jika dia mengenalinya, jadi dia datang ke Ichika. Ichika tersenyum dan membalas, “Jika anda rasa saya cukup baik,” maka bermula kisah Hatsune Miku baharu.’

Kredit: © 「劇場版プロジェクトセカイ 壊れたセカイと歌えないミク」製作委員会
Kredit: © 「劇場版プロジェクトセカイ 壊れたセカイと歌えないミク」製作委員会

Animasi akan diuruskan oleh P.A. Works, manakala Saki Fujita akan mengulangi peranannya sebagai Hatsune Miku. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 17 Januari 2025 di Jepun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat jika filem ini turut akan ditayangkan di luar Jepun. Buat masa ini, peminat di Malaysia hanya mampu berharap sahaja.

Tags: animeHatsune Miku
ShareTweetSend
Previous Post

Astro Bot Limited Edition DualSense Diumumkan, Pre-Order Bermula 9 Ogos!

Next Post

BLEACH Rebirth of Souls – Gameplay Ichigo, Rukia & Uryu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
BLEACH Rebirth of Souls – Gameplay Ichigo, Rukia & Uryu!

BLEACH Rebirth of Souls - Gameplay Ichigo, Rukia & Uryu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd