Siapa sahaja yang tidak tahu Transformer, dari siri animasi sehingga kit model yang tidak pernah terhenti Hype-nya di serata dunia. Dari makhluk asing, yang boleh menjadi kenderaan, dari trak besar hinggalah kereta sport. Sudah semestinya jika menjejak ke zaman moden, kit model Transformers pun haruslah juga mengikuti generasi. Mengubah kit model secara manual dari segi bentuknya mungkin ramai yang agak letih, sehingga ada para pencipta yang berlumba-lumba masuk pertandingan untuk menghasilkan kit yang boleh transformasi sendiri. Maka kali ini, Hasbro mendengar keluhan anda dengan melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi sendiri!
Walaupun mendengar keluhan anda, memasang kit model ini bukanlah mudah, sebaliknya menjadikannya lebih rumit kerana kemampuan kit model robot Optimus Prime ini dapat dipogramkan ke teknologi robotik sebenar dalam bentuk 27 servo motors dan aplikasi di dalam telefon pintar sehingga boleh berubah dengan sendirinya.
Setinggi 19 inci, Optimus Prime nampak menakjubkan dalam kerumitanya. Anda seharusnya bersedia kerana komponen untuk pemasangan kit model ini sebanyak 5,000 komponen, 27 servo motors dipatenkan, dan 60 mikrocip yang disambungkan untuk memberi ciri transformasi automatik. Sebagai tambahan kepada aplikasi mudah alih, kit Optimus Prime yang baru juga dilengkapi perintah suara yang membolehkan pemilik mengawal tindakan mengubah atau mengawal pemanduan di sekitar bentuk kenderaan dengan menyebut ayat-ayat seperti “roll out” atau “convert.” Sememangnya sebuah hasil hebat dari kolaborasi Hasbro dan Robosen.
Jika anda seorang peminat Transformer, dan sangat rajin untuk memasang kit model ini, anda boleh mendapatkannya pada harga $700 (anggaran RM2900) sambil berangan Optimus Prime anda kini bersedia untuk menyelamatkan bumi dari serangan Decepticons!
“Kami gembira dapat berkolaborasi dengan Hasbro dan berharap dapat memperkenalkan standard robotik baru dengan robot Transformers paling maju yang pernah dibuat oleh pengguna,” kata Sean Tang, pengarah Robosen USA melalui siaran akhbar. “Pasukan ini bekerja keras untuk memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa untuk peminat francais terhormat ini dan menghasilkan Transformers yang akan menjadi tambahan premium untuk koleksi mereka dengan fungsi unggul.”
Optimus Prime yang boleh transformasi secara automatik (Transformers Optimus Prime Auto-Converting Programmable Robot) ini boleh didapati secara dalam talian laman web Hasbroplus berharga $699.99. Tetapi malangya, Pre-order telah pun ditutup kerana telah terjual habis! Nampaknya pada anda yang berminat itu, haruslah menunggu sedikit lebih lama mungkin selepas pelancaran rasmi.
Sumber: Kotaku; Hasbro; Robosen Robotics
@gamersantaimy
Discussion about this post