Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga Servis Gaming & Streaming Mungkin Meningkat Kerana Kenaikan Cukai SST!

Maira by Maira
February 8, 2024
in Artikel, Berita, Game, Industri, Tempatan
0 0
0
Harga Servis Gaming & Streaming Mungkin Meningkat Kerana Kenaikan Cukai SST!
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, tetapi cukai SST akan menaikkan kadarnya bermula bulan Mac ini. Daripada kadar 6%, cukai tersebut akan naik menjadi 8% dan nampaknya pelbagai perkhidmatan akan mendapat meningkatkan harga masing-masing. Servis gaming dan streaming juga mungkin tidak terlepas daripadanya, lebih-lebih lagi apabila Google telah menyampaikan berita bahawa syarikat itu akan menggunakan kadar cukai baharu pada bulan tersebut.

Sumber: Google

Menurut Soyacincau, pengguna-pengguna Google Workspace telah mendapat invois mengenai perubahan kadar cukai tersebut. Syarikat itu juga mengatakan bahawa perubahan tersebut akan berlaku secara automatik jadi pengguna tidak perlu berbuat apa-apa. Bukan setakat Google sahaja, malah TikTok Shop juga sudah mengumumkan bahawa mereka juga akan menggunakan kadar cukai baharu ini pada platform mereka.

Melihat makin banyak servis yang akan menggunakan kadar cukai SST yang baharu itu, jangan anda terkejut pula melihat harga-harga untuk servis gaming seperti Steam, PC Game pass dan PlayStation Network menaikkan harga langganan mereka pada bulan Mac ini. Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada servis-servis ini, jadi nantikan sebarang kemas kini mengenainya pada masa akan datang.

Kenaikan ini juga mungkin menjejaskan harga servis penstriman seperti Netflix, iQIYI, Disney+ Hotstar dan lain-lain. Jadi buat peminat drama, filem dan anime, mungkin anda juga perlu peka dengan harga langganan anda menjelang bulan Mac ini.

Kalau betul servis-servis ini menaikkan harga langganan mereka, adakah anda akan berhenti melanggan? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita lanjut mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.

Tags: Cukai SSTServis GamingServis Streaming
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Spider-Man 2 Bakal Hadir Dengan Update “New Game+” pada Mac 2024!

Next Post

Disney Umumkan Tarikh Tayangan Frozen 3, Toy Story 5, Moana 2 & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Disney Umumkan Tarikh Tayangan Frozen 3, Toy Story 5, Moana 2 & Banyak Lagi!

Disney Umumkan Tarikh Tayangan Frozen 3, Toy Story 5, Moana 2 & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd