Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga PS5 Naik Lagi Di Seluruh Dunia – Adakah Malaysia Turut Terkesan?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2026
in Artikel, Berita, Handheld, PS5, Teknologi
0 0
0
Harga PS5 Naik Lagi Di Seluruh Dunia – Adakah Malaysia Turut Terkesan?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan kenaikan harga bagi konsol PlayStation 5 (PS5) dan juga PlayStation Portal, atas alasan “tekanan ekonomi global yang berterusan.”

Harga baharu ini akan mula berkuat kuasa secara rasmi pada 2 April 2026. Ini merupakan satu perubahan besar dalam industri gaming kerana biasanya, harga perkakasan (hardware) akan menjadi lebih murah mengikut peredaran masa.

Sebaliknya, PS5 kini menjadi pelaburan yang lebih mahal walaupun sudah hampir enam tahun berada di pasaran.

Important price update for PS5 and PlayStation Portal: https://t.co/zFrI7uozps pic.twitter.com/Xih3ppppdu

— PlayStation (@PlayStation) March 27, 2026

Di Amerika Syarikat dan Jepun, perubahan harga adalah seperti berikut:

Amerika Syarikat:

  • PlayStation 5 (Edisi Disc): $649.99 (Berbanding $549.99 sebelum ini)
  • PlayStation 5 Digital Edition: $599.99 (Berbanding $499.99 sebelum ini)
  • PlayStation 5 Pro: $899.99 (Berbanding $749.99 sebelum ini)
  • PlayStation Portal: $249.99 (Berbanding $199.99 sebelum ini)

Jepun:

  • PlayStation 5 (Edisi Disc): ¥97,980 (Berbanding ¥79,980 sebelum ini)
  • PlayStation 5 Digital Edition: ¥89,980 (Berbanding ¥72,980 sebelum ini)
  • PlayStation 5 Pro: ¥137,980 (Berbanding ¥119,980 sebelum ini)
  • PlayStation Portal: ¥39,980 (Berbanding ¥34,980 sebelum ini)

Adakah Malaysia Turut Terkesan?

Setakat hari ini, Sony Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak kemungkinan kerana pasaran Malaysia pernah terkesan dengan kenaikan harga berdasarkan rekod sebelum ini.

Dalam pelarasan harga global yang berlaku pada tahun 2022, Malaysia turut termasuk dalam gelombang kenaikan tersebut.

Memandangkan harga di Amerika Syarikat melonjak sebanyak $100, gamer di Malaysia perlu bersedia untuk kemungkinan kenaikan harga antara RM450 hingga RM550 bagi setiap unit, selepas mengambil kira kadar pertukaran wang semasa dan cukai tempatan.

Buat masa ini, harga rasmi PS5 (Edisi Disc) di Malaysia adalah sekitar RM2,499. Jika trend global ini diikuti di peringkat tempatan, kita mungkin akan melihat harga tersebut melonjak ke paras RM2,900 hingga RM3,000.

Tags: ps5
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Gintama Bakal Kembali Dengan Manga Baharu Di Shonen Jump!

Next Post

Ke Mana Perginya Steel Ball Run Episod 2? Apa Yang Terjadi Pada Produksi?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Ke Mana Perginya Steel Ball Run Episod 2? Apa Yang Terjadi Pada Produksi?

Ke Mana Perginya Steel Ball Run Episod 2? Apa Yang Terjadi Pada Produksi?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd