Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Halo Infinite ialah projek video game paling mahal buat masa ini!

Komfem lah game ni GEMPAKK kan guys!!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2019
in Artikel, Berita, Xbox One
0 0
0
Halo Infinite ialah projek video game paling mahal buat masa ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Halo Infinite, kesinambungan paling ditunggu-tunggu di francais popular eksklusif Xbox ini, dilaporkan akan menjadi projek paling mahal yang pernah ada di sejarah industri video game.

Bajet yang ditetapkan oleh Microsoft dan 343 Industrries untuk Halo Infinite ialah lebih daripada $500 juta, mengikut laman web jerman Xbox Dynasty. Ini menjadikan game ini antara video game paling mahal pernah dicipta, dan harus diambil kira juga bahawa jumlah yang disebut hanya untuk development, dan tidak termasuk kos pemasaran.

Dengan bajet di atas, Halo Infinite ber harga lebih banyak daripada Grand Theft Auto 5 dan Red Dead Redemption 2 daripada RockstarGames, yang sangat terkenal dengan melabur jumlah yang banyak pada projek mereka. Game shooter paling mahal pun, seperti Destiny dan Call of Duty: Modern Warfare 2 tidak melangkaui bajet $300 juta.

Xbox Dynasty tidak menyediakan bukti untuk menyokong fakta ini, dan juga tidak menyedia rekod khabar angin untuk menunjukkan andaian ini. Jadi maklumat ini tidak seharusnya dipercayai, tetapi walaupun $500 juta tidak dilaburkan, Microsoft masih akan melabur duit yang banyak kepada development Halo Infinite.

Halo Infinite diumumkan di E3 2018 sebagai judul utama yang ke-6 dalam siri melalui sebuah teaser yang memberi penonton sekilas pandang kepada helmet ikonik milik Master Chief. Game ini dicipta menggunakan Slipspace Engine baru, yang memang direka oleh syarikat untuk perekaan game pada masa akan datang di dalam siri.

Ketua 343 Industries Bonnie Ross berkata di dalam interview pada bulan lepas bahawa studio mereka merujukkan Halo Infinite sebagai “Spiritual Reboot” kepada francais dan menambah bahawa game director Chris Lee akan mendedahkan lebih banyak maklumat di E3 2019. Penampilan mereka di showcase ini tepat dengan laporan sebelum ini bahawa Halo Infinite merupakan sebuah judul untuk next-generation Xbox console, yang kemungkinan juga didedahkan di event yang sama.

Pentingnya Halo Infinite sehingga Microsoft memberi 343 Industries setengah billion dollar untuk menjayakan game ini. Malangnya, sebelum Microsoft sendiri mengesahkan maklumat ini, peminat Halo hanya boleh berharap berita ini benar supaya Halo Infinite boleh menepati atau lebih baik, mengatasi jangkaan orang ramai.

Sumber – GameRant

Tags: developmentHaloHalo InfiniteMost Expensive Projectxbox
Previous Post

Epic Games memberi kenyataan tentang Spyware di Epic Games Store!

Next Post

Kontroller wireless terbaru iaitu Nacon Revolution Unlimited Pro dibuat khas untuk eSports!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Kontroller wireless terbaru iaitu Nacon Revolution Unlimited Pro dibuat khas untuk eSports!

Kontroller wireless terbaru iaitu Nacon Revolution Unlimited Pro dibuat khas untuk eSports!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd