Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition Review — Game Kini Lebih Sempurna dan Menyeronokkan!

Maira by Maira
January 22, 2024
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Review, Shooter
0 0
0
Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition Review — Game Kini Lebih Sempurna dan Menyeronokkan!

Sumber: IGGYMOB

Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun IGGYMOB baru-baru ini telah melancarkan game Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition, iaitu versi baharu game yang lebih lengkap di Nintendo Switch. Memandangkan kami telah memberi review game penuh dahulu, kali ini kami hanya akan ulas mengenai ciri-ciri tambahan yang diberikan pada versi baharu ini.

Dalam Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition, kita diperkenalkan dengan sistem baharu yang dikenali sebagai Full Break System. Ia merupakan mekanik gameplay baharu, di mana pemain boleh mengaktifkan “Full Break” dengan memberikan lebih daripada 70 hit semasa combat. Dengan ini, kelajuan menembak watak dan juga damage output anda dipertingkatkan.

Bagi kami ia adalah mekanik baik yang ditambah pada versi enhanced ini. Ia seperti memberikan ganjaran kepada pemain yang menjaga combo mereka semasa combat. Ia juga membantu meredakan rasa bosan berbanding game dahulu malah anda juga boleh menumpaskan musuh dengan lebih pantas, secara keseluruhannya meningkatkan rentak pertempuran.

Sumber: IGGYMOB

Di Gungrave GORE, anda lebih kerap berhadapan dengan gerombolan musuh yang perlu anda tumpas dan dalam game base, ia terasa seperti tugas yang berulang untuk menghapuskan musuh. Jadi dengan adanya Full Break System baharu, ia menjadikan game ini kurang statik secara keseluruhan.

Seterusnya, ciri yang dinantikan ramai iaitu, Run Shot, di mana pemain kini boleh berlari sambil menembak! Dalam versi game terdahulu, pemain tidak boleh berlari semasa menambak malah game memaksa kita untuk berjalan perlahan. Ini menjadikan mobiliti game hampir tidak wujud kerana majoriti dalam game ini anda akan menembak.

Sumber: IGGYMOB

Agak bersyukur juga apabila Enhanced Edition ini menambah Run Shot. Kini game terasa seperti game yang berbeza. Ditambah pula dengan level yang diubah suai, ia sememangnya meningkatkan rentak combat. Anda pasti rasa seperti tidak lagi kekok bermainnya dan maju ke hadapan untuk menembak semua musuh yang berada di laluan anda.

Kami memang enjoy habis combat game ini kerana ia terasa lebih menyeronokkan berbanding game asal yang agak mengecewakan, lebih-lebih lagi gameplay shooting yang terasa perlahan. Kini dengan mobiliti yang lebih bebas semasa menambak, ia sememangnya perubahan yang sangat bagus pada game.

Sumber: IGGYMOB

Selain itu, terdapat mode rahsia yang dibuka iaitu “GORE -Extra Mode-“, dengan syarat pemain berjaya menyelesaikan kesemua tahap difficulty, di mana pemain perlu restart stage daripada awal jika mereka mati. Sudah tentu ini menambahkan kesusahan dan kami yakin pemain harfcore akan menyukainya. Kalau anda berjaya menyelesaikannya, skin Brandon Heat akan dibuka, di mana ia akan menggantikan gerakan, kebolehan dan reka bentuk Grave.

Playstyle Brandon terasa sangat berbeza daripada Grave yang lebih fokus pada mobiliti dan combat jarak jauh, membuatkan hampir semua pertemuan musuh terasa mudah.

Sumber: IGGYMOB

Ini hanyalah beberapa perubahan pada reka bentuk keseluruhan game yang memberikan pemain pengalaman lebih selesa yang merangkumi pelbagai pelarasan pada beberapa lokasi NPC, musuh yang mempunyai serangan jarak jauh yang sangat susah untuk ditangani memandangkan Grave mempunyai playstyle berfokuskan melee. Walaupun begitu, ciri baharu ini membuatkan keseluruhan gameplay terasa lebih menyeronokkan.

Kesimpulan

Melihat segala tambahan serta penambahbaikan yang diberikan pada Gungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition, nampaknya pembangun betul-betul mengambil perhatian terhadap maklum balas pemain. Kehadiran Full Break System juga membuatkan anda berasa berkuasa dengan peningkatan kelajuan menembak selepas melepasi had tertentu combo.

Game ini juga mengambil banyak isu terdahulu dan menukarnya menjadi sesuatu yang lebih menyeronokkan. Ia membuang halangan yang memperlahankan rentak game dan meningkatkan mobiliti pemain.

Sumber: IGGYMOB

Kalau anda peminat siri ini atau ingin bermain game third-person shooter baharu, kami memang syorkan anda untuk mendapatkan game ini. Untuk membaca segala review daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Tags: Gungrave G.O.R.EGungrave G.O.R.E Ultimate Enhanced Edition
ShareTweetSend
Previous Post

“Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters RARITY COLLECTION -QUARTER CENTURY EDITION-” Kini Tersedia di Pasaran! Dapatkannya Sekarang!

Next Post

CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

CEO Pembangun Palworld Bersuara Mengenai Tuduhan Plagiat dan Ancaman Terhadap Artis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd