Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gunfire Reborn akan tiba di PS4/PS5 pada 1 Jun – sebuah game co-op FPS berkisarkan haiwan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, PS4, PS5, RPG, Shooter
0 0
0
Gunfire Reborn akan tiba di PS4/PS5 pada 1 Jun – sebuah game co-op FPS berkisarkan haiwan
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Duoyi Games dan diterbitkan oleh 505 Games, Gunfire Reborn – sebuah game co-op FPS roguelite akan dilancarkan di PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 1 Jun 2023.

Secara ringkas, Gunfire Reborn ialah game pengembaraan berasaskan ‘level’ yang menampilkan first-person shooter, roguelite dan RPG. Pemain boleh mengawal enam hero yang direka berdasarkan haiwan unik — masing-masing dengan kebolehan berbeza—semasa mereka mengembara melalui level rawak dan memperoleh senjata yang dijatuhkan secara rawak.

Setiap level juga adalah rawak; jadi setiap ‘playthrough’ boleh memberi pengalaman baharu di mana anda akan bertemu dengan hero berbeza. mengutip senjata baharu, item baharu, berhenti di checkpoint berlainan dan mengalami situasi pertempuran unik merentasi pelbagai level di dalam permainan.

Seperti saya kata tadi, anda boleh bermain secara solo atau secara co-op sehingga 2 hingga 4 pemain di mana masing-masing boleh akan memilih daripada enam hero haiwan bergaya. Amat disarankan untuk anda mencuba semua bagi mencari playstyle yang selesa.

Ringkasan ciri-ciri menarik:

  • Gameplay gabungan first-person shooter, roguelite dan RPG. Bina ‘build’ (setup senjata dan abiliti) yang berbeza setiap kali anda mati untuk pengalaman unik.
  • Pengalaman ‘level’ yang terperinci, namun rawak.
  • Lebih 100 item dan senjata berbeza .
  • Banyak hero dan pelbagai mekanisme permainan yang berlainan.
  • Gaya seni yang unik.
  • Pengembaraan kooperatif berasaskan level.

Gunfire Reborn boleh didapati pada 1 Jun di PlayStation 4 dan PlayStation 5 melalui PlayStation Store pada nilai harga RM80. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Gunfire Reborn.

Tags: co-op FPSGunfire RebornPS4ps5
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ROG akhirnya umumkan Gaming Handheld pertama, ROG Ally! Bakal dilancarkan pada 11 Mei ini! [UPDATE]

Next Post

Akses awal Jected – Rivals akan bermula pada 4 Mei 2023 di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Akses awal Jected – Rivals akan bermula pada 4 Mei 2023 di Steam!

Akses awal Jected - Rivals akan bermula pada 4 Mei 2023 di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd