Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Rogue Orbit Memberi Definisi Baru Kepada ‘Pengalaman Gundam Yang Tulen’ 

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Gundam Rogue Orbit Memberi Definisi Baru Kepada ‘Pengalaman Gundam Yang Tulen’ 
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas merasa aksi Gundam Rogue Orbit, kami berkesempatan berbual bersama Produser Utama Yuya Tomiyama dan Pengarah Yoshiyuki Serizawa tentang hala tuju bagi game yang cukup bercita-cita tinggi ini.

Tidak ingin terikat dengan formula lama, mereka berdua menjelaskan matlamat untuk memberi nafas baharu kepada genre mecha combat serta untuk memastikan para pemain benar-benar dapat mengalami berat fizikal dan kepantasan sebuah Mobile Suit setinggi 18-meter yang sedang beraksi.

Kiri ke kanan: Yuya Tomiyama (Produser Utama), Yoshiyuki Serizawa (Pengarah) | Kredit: Bandai Namco

Peperangan, Mobile Suit, dan Pengalaman Kokpit Sebenar

Sejak trailer pertama dilancarkan, Gundam Rogue Orbit sering dibandingkan dengan game aksi mecha lain seperti Armored Core VI: Fires of Rubicon. Menjawab perbandingan tersebut, pasukan pembangun menjelaskan bahawa falsafah reka bentuk asas tertumpu kepada aspek kebolehcapaian serta keunikan francais Gundam itu sendiri.

Daripada menghasilkan kawalan yang terlalu rumit dan menakutkan pemain baharu, pihak pembangun sengaja mencipta sistem kawalan yang mesra pemula, namun masih menawarkan mekanik yang luas bagi pemain veteran.

Menurut penjelasan Tomiyama, antara ciri paling membanggakan ialah betapa mudah dan lancarnya pemain boleh beralih antara bertarung di atas tanah dan bergerak lincah di udara sewaktu combat jarak dekat. Ini memastikan sesiapa sahaja boleh terus memegang controller dan berseronok mengawal sebuah Mobile Suit.

Bagi Serizawa pula, apa yang membezakan game ini berpunca daripada komitmen yang yang disifatkan studio sebagai “Gundam Experience” sejati. Ini adalah asas yang dibina di atas tiga tiang utama: peperangan, Mobile Suit, dan drama kemanusiaan.

Bentuk peperangan kali ini mempunyai perubahan drastik berbanding pertarungan konvensional sesama Mobile Suit dalam game dahulu. Kali ini, pemain ditugaskan mempertahankan diri daripada hidupan luar angkasa gergasi yang dikenali sebagai “Apocalypse”.

Perubahan ini membolehkan pasukan pembangun menampilkan pergerakan Gundam berkelajuan tinggi dalam kerangka visual serba baharu.

Pada masa yang sama, pihak pembangun berusaha untuk menghidupkan semula babak-babak ikonik yang kita tonton dalam anime.

Tidak ingin mencampakkan pemain secara mengejut ke medan perang, game ini membawa kita menyelami proses sepenuhnya termasuk melihat juruterbang masuk ke kokpit, bersiap sedia di landasan pelancar, mengaktifkan sistem Mobile Suit, lalu dilancarkan ke medan perang.

Peralihan yang terperinci ini mengukuhkan naratif protagonis utama, Rex, di mana pemain akan menyaksikan drama hebat yang menyentuh soal peperangan, teknologi, dan kemanusiaan.

Dunia Sains Fiksyen Projek RG dan Kepentingan Drama Kemanusiaan

“What is RG Project”

RG Project is a cross-media initiative. The anime ""Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO"" and the game ""GUNDAM ROGUE ORBIT"" share the same world settings, while portraying the same world from different ways and visions.https://t.co/iY23rSNqdb#XARXZERO pic.twitter.com/7Z4OBcBddW

— GUNDAM NA Official (@GundamInfoNA) July 23, 2026

Sebagai salah satu projek utama dalam RG Project, Gundam Rogue Orbit berlatarkan sebuah alam semesta baharu berteraskan sains fiksyen tulen (hard-SF). Pandangan dunia dibangunkan daripada sudut animasi di bawah pimpinan Pengarah Kenji Kamiyama bersama penulis sains fiksyen serta pengarah terkemuka, Enjo Toh.

Pasukan pembangun game bekerjasama rapat dengan world-building mereka yang serba terperinci, menterjemahkan konsep sains spekulatif kepada gameplay aksi yang memukau.

Namun, seperti yang ditegaskan oleh kedua-dua pencipta ini, konsep sains fiksyen yang tinggi tidak membawa sebarang makna tanpa nadi penceritaan Gundam iaitu drama kemanusiaan.

Tomiyama menegaskan bahawa walau seberapa segar atau terperinci sekalipun latar sains dunia baharu ini, ceritanya akan hilang jiwa tanpa ikatan antara watak, pertemuan di medan perang, dan keperitan bersama yang menjadi identiti siri ini. Studio ini meletakkan keutamaan agar naratif tersebut dapat dirasakan secara langsung dalam gameplay. 

Serizawa turut berkongsi pandangan yang sama, menyatakan bahawa cabaran kreatif terbesar mereka adalah memasukkan hubungan kompleks ini ke dalam sebuah game aksi.

Beliau menggambarkan bagaimana manusia berkembang di tengah peperangan, bagaimana persefahaman boleh timbul daripada kekacauan, dan bagaimana kesusahan perang menguji ketabahan.

Di sebalik skala perang yang melangkaui angkasa, pasukan pembangun tidak pernah mengabaikan realiti fizikal jentera itu sendiri… sebuah gergasi mekanikal setinggi 18 meter yang dipandu oleh seorang manusia, di mana kehebatannya wajib dirasai pada setiap langkah.

Pembangun Memilih Raksasa Asing Apocalypse Sebagai Musuh Utama

Melawan entiti luar angkasa gergasi yang menggerunkan bernama Apocalypse merupakan perubahan tema yang radikal bagi siri yang biasanya berakar umbi pada konflik ideologi sesama manusia.

Tomiyama mengakui bahawa hidupan luar angkasa pernah muncul dalam francais ini sebelum ini (khususnya dalam filem Mobile Suit Gundam 00 The Movie: A Wakening of the Trailblazer), tetapi matlamat kali ini jauh berbeza.

Pasukan pembangun mahu mengadaptasi konsep ini menjadi pertarungan yang mencabar skil permainan, mendebarkan untuk diharungi, dan memberikan kepuasan apabila berjaya ditumpaskan.

Hasilnya ialah babak-babak pertarungan hebat di mana pemain meluncur laju di atas landskap bandar pada kelajuan tinggi, melaga senjata bertarung raksasa gergasi, dan melancarkan serangan penamat yang meletup.

Hala tuju kreatif ini mengubah rekaan visual dan ruang permainan. Serizawa menyatakan bahawa pertarungan biasa antara dua Mobile Suit secara semula jadinya mengekalkan jarak kamera yang dekat dengan watak.

Namun, apabila berhadapan dengan Apocalypse yang begitu besar, kamera perlu ditarik ke belakang dengan perspektif luas dan dinamik bagi menyampaikan skala ancaman sebenar.

Dengan mengundurkan jarak kamera, game ini mempersembahkan pertarungan epik “gergasi menentang gergasi” yang membuatkan pemain berasa seperti juruterbang handal sebenar yang menumpaskan ancaman mustahil.

Pihak pembangun berharap tontonan visual yang mengagumkan ini, digabungkan dengan pergerakan udara yang lincah, dapat memikat hati peminat setia mecha mahupun pemain yang baru pertama kali mencuba genre ini.

Sistem Combat Mengutamakan Serangan Melee Tanpa Mengorbankan Kelajuan MS

Demi merealisasikan impian pemain duduk di ruang juruterbang, pasukan pembangun memberi penekanan tinggi kepada maklum balas fizikal. Meskipun kelincahan berkelajuan tinggi menjadi matlamat utama, pembangun berhati-hati agar jentera ini tidak berasa ringan seperti mainan plastik.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Tomiyama, sebahagian besar ahli pasukan pembangun terdiri daripada veteran yang pernah menghasilkan judul-judul Gundam sebelum ini; mereka menghabiskan banyak masa berbincang cara untuk memastikan kawalan game dapat menimbulkan tindak balas spontan: “Inilah Gundam.”

Sekiranya Mobile Suit terasa terlalu ringan, keaslian rasa mekanikalnya akan hilang… tetapi jika iaterlalu berat, kelancaran aksi pantas pula akan terjejas.

Pasukan ini berjaya mencari keseimbangan di mana pemain boleh meluncur laju di medan perang tanpa lupa bahawa mereka sedang mengawal sebuah robot yang berpuluhan tan.

Sensasi berat Mobile Suit paling jelas terpancar melalui mekanik combat. Serizawa berkongsi bahawa serangan melee diberi keutamaan kerana menetak musuh gergasi secara bersemuka memberikan impak fizikal yang sangat padu dan memuaskan. Namun, fokus melee ini tidak meminggirkan senjata api.

Senjata Beam Rifle masih menjadi kelengkapan penting bagi setiap juruterbang, lengkap dengan mekanik “charge” yang memberikan tembakan ciri piercing—sangat sesuai untuk menyapu gelombang musuh biasa dan mengikis nyawa boss.

Mobile Suit turut ditambah senjata sokongan seperti AP Unit, yang mana penggunaannya mengingatkan kita kepada kelibat Fin Funnels milik Nu Gundam atau senjata multi-lock Strike Freedom.

Bagi mengubah arus pertarungan pada saat genting, pemain boleh menggunakan Gun-Rise Gauge (sistem tolok yang menguatkan Mobile Suit ke tahap maksimum buat sementara waktu) yang mirip sistem Trans-Am daripada Gundam 00 atau sistem NT-D daripada Gundam Unicorn.

Melengkapi sistem senjata ini ialah sistem aksi taktikal yang mantap. Daripada menggalakkan serangan tanpa hala tuju, game ini membekalkan juruterbang dengan abiliti pergerakan taktikal, elakan berarah, dan pembatalan serangan (attack cancels) untuk bergerak secara strategik di bawah hujan tembakan musuh.

Di samping itu, ada juga sistem perkembangan visual. Seperti yang dijelaskan Tomiyama, matlamat mereka adalah membolehkan peminat game aksi memegang senjata dan benar-benar merasai pertembungan antara besi.

Apabila pemain menaik taraf kelengkapan, rupa bentuk senjata mereka akan berubah secara visual selari dengan gaya permainan; Beam Saber boleh bertukar dari segi panjang dan ketebalan, menerima skema warna dua-tona yang menarik, atau berevolusi menjadi bentuk lain seperti Beam Javelin.

Malah jika kekal menggunakan Mobile Suit yang sama sekalipun, Serizawa menambah bahawa kedua-dua Mobile Suit dan senjatanya akan mengalami evolusi visual sepanjang permainan untuk memenuhi impian setiap pemain yang ingin memandu jentera yang nampak segarang prestasinya.

Mod Single-Player Didahulukan Sebelum Mod Multiplayer 

Dalam era di mana game terkini seperti Gundam Breaker 4 dan Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 lebih menekankan aspek pembinaan bersama secara co-op atau multiplayer kompetitif, Gundam Rogue Orbit mengambil pendirian berani dengan menampilkan kempen single-player epik yang berfokuskan jalan cerita.

Tomiyama menegaskan bahawa pendekatan ini amat penting bagi menyampaikan emosi sebenar dalam perjalanan menjadi seorang juruterbang handalan.

Kisahnya meletakkan nasib masa depan manusia di atas bahu watak utama, Rex, mengajak pemain merasa rasa tanggungjawab yang berat, serta kematangan yang terhasil daripada dugaan tersebut.

Serizawa mengukuhkan visi ini dengan menjelaskan bahawa drama kemanusiaan milik Gundam tidak boleh diceritakan hanya melalui kejayaan heroik semata-mata.

Ia memerlukan realiti peperangan yang pahit dan perit; kemarahan, kekecewaan, detik-detik susah apabila manusia gagal memahami antara satu sama lain, serta kecekalan luar biasa untuk bertahan daripada tragedi. Mengharungi keperitan ini bersama Rex menjadi nadi utama kempen cerita.

Biarpun fokus utamanya tertumpu kepada kisah solo Rex, pasukan pembangun tidak melupakan aspek gameplay bersama pemain lain. Sebaik sahaja pemain menamatkan kempen cerita, mereka akan membuka mod multiplayer di mana skuad sehingga tiga orang juruterbang boleh bekerjasama menghadapi cabaran musuh yang sengit.

Dalam mod endgame ini, pemain bebas memulakan misi menggunakan Mobile Suit yang dinaik taraf sepanjang kempen single-player. 

Akhir sekali, pengarah menasihati pemain agar menumpukan perhatian terlebih dahulu kepada cerita kempen dari awal hingga akhir bagi menghayati sepenuhnya mesej yang ingin disampaikan.

Banyak rahsia tentang nasib Rex masih disimpan sehingga hari pelancaran nanti, jadu pihak pembangun meletakkan harapan tinggi agar pemain di seluruh dunia teruja untuk melangkah ke dalam kokpit dan merasa era baharu yang berani ini.

Game ini akan dilancarkan bermula 5 Mac 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Gundam Rogue Orbitinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Gundam Rogue Orbit – Tiga Mobile Suit, Tiga Sensasi Combat!

Next Post

Remake The Legend of Zelda: Ocarina of Time Akan Tiba Di Switch 2 Pada November 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Remake The Legend of Zelda: Ocarina of Time Akan Tiba Di Switch 2 Pada November 2026

Remake The Legend of Zelda: Ocarina of Time Akan Tiba Di Switch 2 Pada November 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd